TANJONG KARANG : Seramai 463 pekerja sebuah kilang memproses ayam di Bagan Tengkorak di sini terselamat selepas berlaku kebocoran gas ammonia di kilang terbabit pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu disedari pekerja kilang yang melihat kebocoran pada salah satu saluran paip di kilang terbabit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.20 petang.
"Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba, pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran pada saluran paip gas ammonia yang menghasilkan bau amat kuat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Norazam berkata, bomba dengan pihak pengurusan kilang kemudian melakukan pemantauan menyeluruh dan menutup semua injap saluran gas tersebut.
Norazam memberitahu, semasa kejadian seramai 463 pekerja berada di kilang itu masing-masing terdiri daripada 290 lelaki dan 173 wanita.
Beliau berkata, tindakan pengosongan segera dilakukan dan kesemua pekerja itu diarah keluar ke kawasan selamat.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semuanya dalam keadaan selamat," ujarnya.
Menurut Norazam, sehingga kini, operasi pemantauan masih giat dijalankan pihaknya di seluruh kawasan kilang berkenaan.
"Sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Shah Alam turut dikerah ke lokasi kejadian.
"Keadaan masih terkawal dan akan dipantau dari masa ke semasa," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Wed Feb 02 2022

Anggota HAZMAT membuat pemeriksaan selepas berlaku kebocoran gas ammonia di kilang terbabit. - Foto Sinar Harian

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.

Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.

Gas ammonia bocor, tiga lelaki berdepan detik cemas
Ketiga-tiga mereka membawa muatan 10 tong gas ammonia dari Tangga Batu, Melaka ke Kuala Sawah.

Gas bocor di Kawasan Perindustrian Kerteh: Seorang pekerja cedera, dua selamat
Seorang pekerja berusia 29 tahun cedera di bahagian betis selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.

Insiden gas bocor di Sepang, punca masih disiasat
Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dipercayai telah dikejarkan ke Sepang sehubungan dakwaan kebocoran gas di pusat Sepang Aircraft Engineering (SAE) di Zon Tindakbalas Zon di KLIA.

Gas bocor di kilang di India ragut 9 nyawa
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 11 lagi mangsa mengalami kesakitan akibat gas bocor di sebuah kilang di Punjab, India pada Ahad.

Pegawai KKM, pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Pegawai KKM berkenaan pengsan selepas masuk ke dalam restoran tersebut bagi membantu dua pekerja wanita yang turut pengsan.

Letupan gas di hotel: 22 maut, 74 cedera di Havana
Punca letupan setakat ini dikenal pasti akibat kebocoran gas.

Gas ammonia kilang proses ayam bocor
Kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu disedari pekerja kilang yang melihat kebocoran pada salah satu saluran paip di kilang terbabit.

Dua maut terhidu gas ammonia
Dua individu maut manakala dua lagi cedera selepas terhidu gas ammonia yang bocor di sebuah kapal di Bagan Sungai Besar, Selangor.

Enam pelajar di Shah Alam dikejarkan ke hospital terhidu gas ammonia bocor
Sekurang-kurangnya enam pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Klang, di Shah Alam dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit tekak dan sesak nafas.