Garis Panduan Seni Bina Melayu Islam khusus untuk pembangunan Kampung Bharu di sini dilancarkan semalam sebagai pelengkap kepada pelaksanaan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Bharu (PITPKB).
Garis panduan itu dilancarkan sebagai keprihatinan terhadap survival identiti Melayu dan Islam di kawasan berkenaan.
Pengerusi Perbadanan Kampung Bharu (PKB) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata garis panduan itu melibatkan kawasan pembangunan seluas 121.96 hektar (301.38 ekar).
"Signifikan garis panduan ini bertujuan agar khazanah seni bina Melayu Islam dapat disemarakkan dan dipertahankan seutuhnya demi peradaban Melayu dan Islam," katanya pada sidang media selepas melancarkan garis panduan berkenaan di sini.
Katanya, pemaju dan arkitek terlibat dalam PITPKB, disaran menjadikan 67 kriteria dalam garis panduan itu sebagai rujukan kepada pembangunan Kampung Bharu yang bermula daripada jajaran Jalan Raja Abdullah, Jalan Raja Muda Abdul Aziz sehingga ke Jalan Tun Razak.
Astaman berkata garis panduan berkenaan mula dirangka sejak Jun 2013 dengan kerjasama 131 arkitek tempatan dan pegawai profesional daripada perkhidmatan awam dan swasta, berasaskan kepada dua komponen penting iaitu 'Ruang' dan 'Rupa Bentuk'.
"Faktor ruang berfungsi sebagai penjana aktiviti kemasyarakatan Melayu dan mengukuhkan semangat kejiranan dan memupuk peranan berkariah manakala rupa bentuk penting bagi sesebuah binaan dan bangunan yang menjadi simbol dan identiti kepada masyarakat atau bangsa.
"Kedua-dua komponen berkenaan diharmonikan dengan nilai teras dan budaya Melayu-Islam, dalam memastikan imej dan identiti Kampung Bharu sebagai bandar moden, unik, mesra pengguna, selamat, inovatif dan ikonik di mata dunia," katanya.
Beliau berkata pihaknya bagaimanapun tidak mewajibkan garis panduan berkenaan diikuti sepenuhnya sehingga menjejaskan kreativiti dalam proses pembangunan kawasan itu nanti.
PKB merupakan agensi kerajaan yang diperbadankan, antara lain berfungsi sebagai badan penyelaras utama pembangunan atau penambahbaikan kawasan pembangunan Kampung Bharu.
Orang ramai boleh meneliti garis panduan tersebut dengan melayari laman web rasmi PKB www.pkb.gov.my.
Bernama
Fri Jun 12 2015

Garis panduan itu dilancarkan sebagai keprihatinan terhadap survival identiti Melayu dan Islam di Kampung Baru. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Pembangunan Kampung Baru kekalkan ciri-ciri kemelayuan - Dr Zaliha
Sebarang pembangunan di Kampung Baru akan mengambil kira sejarah dan status tanah demi memastikan kawasan itu kekal sebagai kampung Melayu.

Akok durian pesara tentera laku keras
Dia mula membuka gerai pada pukul 7 pagi dan berjaya menjual semua kuih itu, yang menggunakan 100 ulas durian premium, dalam tempoh empat jam.

Empat kenderaan terbakar di rumah pangsa PKNS Kampung Baru
Empat kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di rumah pangsa PKNS Kampung Baru, di sini, pada Rabu.

DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.

26 penjaja gerai singgang Kampung Baru berpindah ke lokasi baharu
Menurut DBKL, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan.

'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.

Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.

Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.