KUALA LUMPUR:Garis panduan baharu Lesen Minuman Keras (LMK) yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sesuatu yang baharu kerana peraturan tersebut telahpun diperkenalkan di pelbagai negara termasuk di Eropah, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata DBKL telah melakukan tinjauan di negara-negara lain di samping mengkaji sistem yang dipakai di Singapura sebelum memperkenalkan garis panduan tersebut di sini.
"Kita juga lihat peraturan yang dipakai di negara lain termasuk Eropah di mana pembelian minuman keras memang sangat dikawal dari segi waktu dan lesen tempat yang boleh dijual. Oleh itu isu ini tiada kena-mengena dengan isu agama mahupun perkauman," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penyampaian sumbangan kepada persatuan penduduk Kuala Lumpur di bawah program Wilayah Cakna 3.0 yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Seri Dr Santhara Kumar.
Annuar menegaskan garis panduan itu bertujuan mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas di ibu negara selepas menerima pelbagai aduan daripada orang awam mengenai masalah yang timbul daripada perkara berkenaan, termasuk penjualan arak kepada golongan bawah umur dan pelajar sekolah.
Pada 16 Nov lepas, DBKL memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen minuman keras yang antara lain menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Okt tahun depan.
Sementara itu, Annuar berkata kementeriannya memperuntukkan RM39.75 juta bagi melaksanakan inisiatif Wilayah Cakna 3.0 untuk warga kota yang terkesan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020
Annuar berkata DBKL telah melakukan tinjauan di negara-negara lain di samping mengkaji sistem yang dipakai di Singapura sebelum memperkenalkan garis panduan tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Pelesenan jual minuman keras di bawah kuasa Kerajaan Negeri
Dasar sedia ada menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu dilesenkan di bawah Akta Eksais 1976.
Pesta arak: Jangan politikkan keputusan kerajaan negeri - PH Johor
Kenyataan jelas menyatakan bahawa keputusan itu merujuk kepada pesta arak secara terbuka bukan meliputi penjualan arak kepada orang bukan Islam.