Pertengkaran sepasang suami isteri yang baru enam bulan mendirikan rumah tangga bertukar tragedi apabila si suami ditikam sehingga mati oleh isterinya dalam kejadian di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, disini pada petang Sabtu.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, 28, maut ditikam isterinya yang berusia 18 tahun kerana tidak berpuas hati selepas mangsa dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Besar, Muar berada di lokasi kejadian yang merupakan rumah persinggahan dan stor penyimpanan barangan tempatnya bekerja sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek dan berlaku pertelingkahan.
Ibu mangsa, Rohani Sharif, 57, berkata, dia hanya dimaklumkan kejadian itu sekitar 2.30 petang oleh ibu dan bapa suspek wanita berkenaan yang datang yang datang ke rumahnya.
Katanya, sejak anak sulungnya itu mendirikan rumah tangga, mereka menetap di kediaman keluarga suspek (isteri) di Parit Bunga, Tangkak.
Jelas Rohani, pada tengah hari semalam, menantunya ada menghubunginya untuk bertanya tentang anaknya itu berikutan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka pertanyaan menantunya itu bertukar tragedi, hingga menyebabkan anaknya kehilangan nyawa akibat tikaman di bahagian dada.
Rohani memberitahu, kali terakhir bertemu anaknya itu pada Jumaat lepas.
“Setiap Jumaat saya pergi pasar beli barang dapur, tapi yang Jumaat (semalam) ini saya tengok dia tak ada. Jumaat lepas saya sempat tengok dia dan makan serta berbual dengan dia. Ayah dia pun sempat (bersama) dan bersalam-salaman,” ujar Rohani.
Rohani ditemui Astro AWANI di pekarangan Unit Forensik Hospital Muar sementara menunggu mayat mangsa selesai menjalani proses bedah siasat.
Katanya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.
Katanya, suspek wanita berkenaan telah ditahan di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Raffi Bachik
Sat Oct 14 2017

Mangsa ditikam di rumah persinggahan yang juga stor penyimpanan barangan tempatnya bekerja. - Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Insiden gertakan bertukar tragedi, anggota tentera maut ditikam isteri
Tindakan menggertak suami ketika bertengkar bertukar tragedi apabila pisau yang digunakan terkena bahagian paha mangsa sehingga maut.

Gara-gara tidak pulang ke rumah, lelaki maut ditikam isteri
Ibu mangsa memberitahu menantunya pernah menelefonnya untuk bertanyakan tentang anaknya, namun tidak menyangka ia berakhir dengan tragedi.