Sepasang suami isteri sanggup membawa bayi mereka yang baru berusia 18 bulan ke sebuah rumah yang dijadikan sarang penagih untuk melepaskan ketagihan mereka terhadap dadah.
Lebih malang lagi, bayi perempuan itu sedang menyusu badan ketika ibunya ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian.
Ketua Operasi AADK Kerian, Shahrul Nizam Baharuddin berkata, pasangan suami isteri berusia 49 dan 33 tahun itu adalah antara 14 individu yang ditahan AADK dalam Ops Perdana yang dijalankan di Parit Haji Dollah, Selinsing bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang Rabu.
"Pasangan tersebut ditahan ketika sedang memasuki sarang penagihan yang merupakan rumah salah seorang penagih.
"Hasil soal siasat bapa kepada bayi berkenaan mendapati dia sudah terlibat dalam najis dadah sejak 10 tahun lalu manakala isterinya baru setahun," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut.
Menurut Shahrul Nizam, ibu bayi berkenaan menberitahu, bahawa dia terlibat dengan penagihan dadah selepas terpengaruh dengan suaminya yang hanya bekerja kampung.
Katanya, pasangan itu mempunyai empat orang anak dan tinggal bersama emak serta kakak wanita terbabit.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Apr 17 2019
Bayi perempuan itu sedang menyusu badan ketika ibunya ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian. - Foto AADK
Bursa Malaysia catat dagangan turun naik pada sesi awal, sentimen positif
Pada 9.09 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.58 mata kepada 1,603.73 daripada paras 1,603.15 pada akhir dagangan Selasa.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
GISB: Pelan rehabilitasi mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak
Timbalan Menteri Agama berkata usaha pemulihan kanak-kanak GISB mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak modul JAKIM dengan kerjasama pihak-pihak authoriti agama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kemalangan maut babitkan tiga beranak: Penjual sayur direman hingga esok
Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut.
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.
MITI dalam usaha memastikan semua daerah ada pengecas EV
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri berkata MITI sedang berusaha dengan Kerajaan Selangor dan Johor untuk memastikan setiap daerah ada beberapa pengecas DC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
Kereta EV dibawah RM100 ribu adalah sekurang-kurangnya CKD - Liew
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong menjelaskan dasar dan hala tuju kerajaan untuk memastikan kereta EV dibawah RM100 ribu sekurang-kurangnya dipasang di Malaysia.
Ini bertujuan memastikan penjualan kereta EV pemasangan tempatan (CKD) menggalakkan pembangunan industri berkenaan.
Ini bertujuan memastikan penjualan kereta EV pemasangan tempatan (CKD) menggalakkan pembangunan industri berkenaan.
1,500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri berkata MITI telah meningkatkan sasaran pengecas DC dari 1,000 unit ke 1,500 unit menjelang 2025. “sekarang ada 500, kita harap akan sampai 1,500 kerana pengecas jenis DC lebih pantas” Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#AWANIRingkas 27 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 November 2024
1️⃣ Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH jadi tumpuan
2️⃣ Banjir Kelantan makin buruk, 3 negeri lain tiada perubahan
3️⃣ Pilkada serentak selepas pemilu
#awaniringkas
1️⃣ Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH jadi tumpuan
2️⃣ Banjir Kelantan makin buruk, 3 negeri lain tiada perubahan
3️⃣ Pilkada serentak selepas pemilu
#awaniringkas
Gara-gara lepaskan gian, sanggup 'heret' bayi sendiri ke sarang penagih
Sepasang suami isteri sanggup membawa bayi mereka yang baru berusia 18 bulan ke sebuah rumah yang dijadikan sarang penagih untuk melepaskan ketagihan mereka terhadap dadah.