Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat memberikan maklumat sahih membabitkan insiden dua spesies gajah mati akibat pemburuan haram untuk gading berhampiran Sungai Segama baru-baru ini.
Penolong Pengarahnya, Dr Sen Nathan berkata pihaknya akan memberi ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada individu yang dapat memberi maklumat tepat dan sahih berkaitan pemburuan haram berkenaan.
"Ganjaran itu untuk pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan dan hukuman ke atas pemburu haram berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat tepat dan sahih berkaitan perkara itu boleh menghubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah di talian 013-5441980.
Pada 1 Jan lepas, pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar menemukan dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag.
Insiden pertama membabitkan seekor gajah jantan yang ditemukan mati pada 27 Dis 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.
Gajah jantan kedua yang dijumpai dan dipercayai mati pada 31 Dis 2016 pula merupakan gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag tiga bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2017
Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat memberikan maklumat sahih membabitkan insiden gajah mati. - Gambar fail
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ganjaran RM10,000 bantu tangkap pemburu gading gajah
Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat memberikan maklumat sahih membabitkan insiden dua spesies gajah mati akibat pemburuan haram untuk gading.
Dua spesies gajah mati dibunuh untuk dapatkan gading di Sabah
Pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) amat sedih dengan insiden dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram.