KAJANG: Tumpuan kerajaan dan masyarakat harus terarah kepada usaha pembasmian dan penurunan kes penagihan dadah dahulu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Ahli Parlimen Larut itu berkata, selepas hasrat tercapai, maka barulah boleh difikirkan kaedah terbaik untuk membenarkan penggunaan dadah tertentu sebagai tujuan perubatan.
Jelasnya lagi, setakat ini masalah penagihan dadah masih meruncing, dengan sekitar 60 peratus kembali menagih biarpun sudah menjalani rawatan.
"Sebab itu kena faham dadah ini macam-macam, ada orang fikir ada dadah yang mungkin baik untuk rawatan, untuk digunakan dalam peringkat perubatan kesihatan. Saya fikir masalah ini biar kita fikirkan untuk kita kurangkan dahulu jumlah angka mereka yang menagih, sebelum fikirkan tanggungjawab kita di atas perkara yang lain.
"Seperti saya kata, kalau nak lakukan sesuatu, musuh kita ini masih tak boleh nak hapuskan selama 40 tahun, (tapi) kita nak tambah lagi musuh. Saya ingat kita tengok dulu. Kalau dah boleh kita pastikan sudah menurun, InsyaAllah apa yang kita lakukan ada kebaikan, apa salahnya.
“Tapi keutamaan itu harus kita pertekankan untuk kurangkan masalah kita yang ada hari ini. Penjara itu pasti tak cukup, AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) tak cukup dari segi pegawai yang ada, polis juga macam macam kita lakukan. Jadi kita tengok dululah,” katanya lagi.
Hamzah berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan perkhidmatan Mobile Recovery Treatment (MRT) oleh AADK bagi program rawatan dan pemulihan penagihan dadah, di sini, hari ini.
Sejak beberapa bulan lepas, beberapa pihak menggesa agar ganja dikeluarkan daripada Akta Dadah Berbahaya 1952, sertai beberapa akta lain yang berkaitan, bagi membolehkan ia digunakan untuk tujuan perubatan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada April lepas memaklumkan, pihak kementeriannya mengalu-alukan kerjasama industri dan ahli akademik untuk membuat penyelidikan klinikal penggunaan ganja atau kanabis.
Menyentuh mengenai pasukan MRT AADK, Hamzah berkata, ia merupakan pendekatan baharu untuk mendampingi dan menyantuni golongan penagih dadah.
Jelasnya lagi, melalui pendekatan itu, pegawai AADK akan turun ke penjara-penjara, pusat pemulihan, serta tempat awam, untuk memberikan rawatan tertentu.
Hamzah berkata, pendekatan baharu seperti itu amat diperlukan, memandangkan masalah penagihan dadah masih berlarutan sejak 40 tahun lepas, tanpa menunjukkan tanda-tanda penurunan.
"Bukan 40 peratus kembali menagih, tapi 60 peratus kembali menagih. Ini masalah kita. Sebab itu kita fikirkan bahawa mungkin kerana mereka tidak mahu ke pusat-pusat atau institusi yang diwujudkan di seluruh negara.
"Sekarang biar ada pasukan seperti MRT, yang kita turun ke bawah untuk kita tidak jemput klien ke institusi atau kompleks yang telah kita sediakan, tapi turun ke bawah, beri rawatan. Jadi kita ini baru bermula, tak tahu penyesuaian berapa lama, apa ianya boleh dipendekkan, dari segi rawatan, ini semua sesuatu yang kita sedang belajar,” katanya lagi.
Hamzah berkata, buat masa ini lapan pegawai telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan MRT AADK, dan 110 pegawai di seluruh negara telah dikenal pasti untuk diserap masuk ke dalam pasukan itu.
Berkonsepkan ‘boutique’dengan tagline - AADK Kepada Anda - Hamzah berkata beliau percaya saluran perkhidmatan itu akan meningkatkan lagi akses rawatan dan pemulihan dadah secara sukarela di negara ini.
Selain itu, beliau berkata, ia sekali gus memberikan daya tarikan baharu dalam penyampaian perkhidmatan supaya lebih prihatin dan mesra.
Firdaus Azil
Fri May 20 2022
Hamzah menandatangani plak perasmian pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Mobile Recovery Treatment (MRT) di bawah Program Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Ibu Pejabat AADK hari ini. - Foto BERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Ganja untuk perubatan: Tunggu, turunkan jumlah penagih dulu - Hamzah
Hamzah berkata, kemudian baru boleh difikirkan kaedah terbaik untuk membenarkan penggunaan dadah tertentu sebagai tujuan perubatan.