ISKANDAR PUTERI: Banyak kajian perlu dilakukan agensi kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memutuskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, namun keputusan tersebut sama ada diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
"Rujukan kajian boleh dibuat beliau (Dr Zulkefly) sebelum memutuskan pelaksanaannya.
"Saya rasa sudah banyak kajian dibuat pada zaman saya (semasa menjadi Menteri Kesihatan), jadi Dr Dzulkefly boleh sahaja rujuk kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk KKM.
"Dan seterusnya buat keputusan sama ada perkara itu (ganja dalam perubatan) hendak diteruskan atau tidak," katanya ketika ditanya pandangan pelaksanaan penggunaan ganja dalam bidang perubatan negara.
Penasihat Belia Johor itu berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum melancarkan Persidangan Dewan Muda Johor Sesi 2023 di Bangunan Dato' Jaafar Mohamad, Kota Iskandar di sini pada Sabtu.
Pada 25 Ogos tahun lalu, sewaktu menjawat jawatan Menteri Kesihatan pada lawatan kerja di Bangkok Thailand, Khairy memaklumkan kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun lalu dan dasarnya akan dilaksana tahun ini.
Namun, langkah itu seolah 'senyap' selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Dalam lawatannya ketika itu, Khairy juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan kanabis digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.
Pada 9 Jun tahun lalu, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand mengeluarkan kanabis yang mengandungi tidak melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) daripada senarai narkotik yang diharamkan.
Bagaimanapun, pemilikan kandungan yang diekstrak seperti minyak serta hidangan seperti makanan dan minuman mengandungi lebih daripada 0.2 peratus THC, masih diharamkan di Thailand.
THC adalah sebatian psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 16 2023
Khairy berkata, rujukan kajian boleh dibuat Dr Zulkefly sebelum memutuskan pelaksanaannya. - Gambar fail/Bernama
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.