PUTRAJAYA: Isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air tidak harus dijadikan polemik, sebaliknya, perlu difokuskan tindakan lanjut memandangkan ia adalah salah di sisi undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, gangguan seksual bukan isu remeh selain boleh menyebabkan seseorang itu terkesan akibat trauma dan gangguan kesihatan mental.
Katanya, beliau telah memaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan susulan sekiranya benar terdapat aduan berkaitan gangguan seksual dalam industri seni tanah air.
"Yang penting, mangsa gangguan seksual perlu melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan lanjut dapat diambil," kata Annuar kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Informatik Visual Ketujuh (IVIC'21), dekat sini, hari ini.
"Saya minta polis lakukan tindakan susulan kalau betul ada aduan (gangguan seksual) dalam industri, contoh ketika dalam penggambaran. Saya minta polis buat siasatan secara proaktif dan ambil tindakan. Tidak perlu polemik kerana kita ada undang-undang," katanya mengulas laporan media yang pandangannya berkaitan gangguan seksual telah di salah tafsir.
Berhubung laporan media itu, Annuar menjelaskan beliau menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada wartawan untuk menemu bual mengenai tajuk gangguan seksual dalam industri seni tanah air di mana beliau kemudiannya mencadangkan agar tajuk temu bual menyentuh skop besar mengenai industri kreatif dan tidak tertumpu kepada isu gangguan seksual sahaja.
"Saya maksudkan ada perkara-perkara lain yang lebih besar berkaitan industri kreatif...malangnya tajuk gangguan seksual dijadikan tajuk berita bahawa saya kata isu gangguan seksual tidak perlu diperbesarkan...itu dah lain," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Tan Sri Annuar Musa berkata, gangguan seksual bukan isu remeh selain boleh menyebabkan seseorang itu terkesan akibat trauma dan gangguan kesihatan mental. - Gambar BERNAMA
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
PRK Sungai Bakap: Fahmi pandang serius, kutuk sekerasnya insiden gangguan seksual terhadap wartawan
Fahmi memandang serius insiden gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita yang sedang bertugas bagi liputan kempen PRK DUN Sungai Bakap.
PRK Sg Bakap: Polis sahkan tahan lelaki didakwa lakukan gangguan seksual ketika kempen
Suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), hari ini.
PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional mengikut lunas undang- undang sedia ada.
Tukang cuci warga Indonesia ditahan rakam wanita dalam tandas
Polis menahan seorang tukang cuci tandas warga Indonesia yang disyaki merakam seorang wanita dalam tandas kedai menjual biskut, di Lorong Hang Jebat, di sini, pada Ahad lalu.
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Qawiy nafi terlibat gangguan seksual
Qawiy Aro menafikan penglibatannya dalam jenayah gangguan seksual seperti dakwaan yang tular di media sosial.
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.