KUALA LUMPUR: Persatuan Renang Malaysia perlu berhenti daripada terus ‘membisu’ mengenai dakwaan gangguan seksual yang dialami bekas perenang kebangsaan, Cindy Ong, kata Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari itu berkata, keputusan mengenai siasatan kes berkenaan perlu didedahkan kepada umum, memandangkan sudah dua minggu pendedahan itu dilakukan Ong.
Young Syefura berkata, sepatutnya sudah ada keputusan memandangkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sendiri sudah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk siasatan segera dilakukan.
“Saya memandang serius isu ini. Cindy Ong dalam beberapa ucapannya di sesi forum atas talian mendakwa, atlet sukar untuk tampil ke hadapan kerana risau akan dikenakan tindakan, dan mereka berkemungkinan akan kehilangan tiket untuk beraksi di pentas antarabangsa untuk mewakili negara.
“Hal ini juga bermaksud tiada kebebasan bersuara dalam industri sukan dan mana-mana atlet yang bersuara berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan atau diugut sekiranya perkara ini sampai ke pengetahuan umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Mei lepas, Ong membuat pendedahan kepada media bahawa berlaku pengantunan dan gangguan seksual terhadap atlet di kem renang negara dan mendakwa ia dilakukan bekas jurulatih di kem tersebut.
Bekas perenang negara itu berkata, perkara itu berlanjutan sejak beliau berusia belasan tahun lagi.
Dakwa Ong, ketika itu, dia berasa amat tertekan serta masih mentah dan tidak berani membuat laporan kepada persatuan atau polis.
BACA: Gangguan seksual: Reezal arah pegawai, MSN bantu Cindy Ong
Untuk rekod, Ong merupakan antara perenang negara yang paling berjaya, pernah menduduki tangga pertama dalam Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) serta pernah menggondol lima pingat emas dalam Kejohanan FINA 2019.
Mengulas lanjut, Young Syefura berkata, insiden itu jelas memberi tamparan hebat kepada industri sukan negara dan tidak boleh dibiarkan berterusan.
“Saya menyeru supaya Tribunal Khas Sukan dibentuk dan diketuai oleh badan NGO supaya membantu para atlet negara dalam menghadapi isu ini.
“Kita tidak boleh membenarkan insiden ini terus terjadi. Saya menyeru semua mangsa dalam industri sukan tampil bersuara dan jangan membenarkan sesiapa mendiamkan suara mereka.
“Saya bersedia membantu mana-mana atlet yang menghadapi situasi sukar dan berharap mereka tidak takut untuk bersuara. Suara anda, suara semua,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Jun 18 2021
Menurut Young Syefura Othman, keputusan mengenai siasatan kes bekas perenang kebangsaan, Cindy Ong (gambar) perlu didedahkan kepada umum memandangkan sudah dua minggu pendedahan itu dilakukan. - Gambar Instagram
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Gangguan Seksual: Mana pembelaan terhadap Cindy Ong? - Young Syefura
Keputusan mengenai siasatan kes berkenaan perlu didedahkan kepada umum, memandangkan sudah dua minggu pendedahan itu dilakukan Cindy Ong.
Gangguan seksual: Reezal arah pegawai, MSN bantu Cindy Ong
Reezal Merican berkata gangguan berkenaan tidak seharusnya berlaku terhadap mana-mana atlet negara.