KUALA LUMPUR: Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan berkenaan dibuat, susulan terdapat dua laporan yang diterima pihaknya.
Siasatan membabitkan laporan seorang wanita yang dikenali sebagai Mondy Tatoo, yang mendakwa dirogol pendakwah terlibat dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, manakala laporan penafian yang dibuat pendakwah berkenaan terhadap dakwaan yang dibuat mangsa, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mohd Shuhaily turut menafikan dakwaan bahawa telefon bimbit Mondy dirampas polis, sebaliknya menegaskan ia diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada bagi membantu siasatan.
"Ada peruntukan undang-undang untuk (telefon) diambil untuk membantu siasatan, sebab polis hendak tengok kandungan sama ada selari atau tidak dengan apa yang dia kata. Nak tengok daripada segi masa kandungan dan sebagainya.
"Buat masa ini polis masih lagi menjalankan siasatan, mungkin perlu panggil beberapa saksi lagi untuk diambil kenyataan," katanya.
Mohd Suhaily turut mengesahkan Mondy yang juga pempengaruh media sosial itu, masih berada di negara ini selain menjelaskan permohonan maaf yang dibuat seorang lelaki yang dipercayai bapa Mondy terhadap pendakwah itu baru-baru ini, tidak boleh diguna pakai dalam siasatan memandangkan ia dibuat di Indonesia dan tertakluk kepada bidang kuasa pentadbiran pihak berkuasa negara itu.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily memaklumkan polis berjaya menyelamatkan seorang warga asing yang diculik di Pulau Pinang baru-baru ini dan perincian penuh mengenainya akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin, esok.
"Saya juga hendak maklumkan kejayaan itu merupakan hasil kerjasama Polis Kontinjen Pulau Pinang, Selangor dan Bukit Aman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
![Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694702768_ShuhailyMohdZain.jpg)
Mohd Shuhaily berkata siasatan berkenaan dibuat, susulan terdapat dua laporan yang diterima pihaknya. - Gambar fail/Bernama
Rangka spesis Camarasaurus Grandis dipamerkan untuk orang awam
Orang ramai kini boleh melihat rangka haiwan sejenis Camarasaurus Grandis di Muzium Evolusi, Knutheborg Safaripark, Denmark.
Thailand haramkan semula ganja mulai 1 Jan 2025
Thailand mengambil langkah untuk mengklasifikasikan semula ganja dan hemp sebagai dadah berbahaya bermula pada 1 Januari tahun depan.
Banjir teruk di Bangladesh, sekolah ditutup, dua juta terperangkap
Wakil kerajaan berkata, situasi banjir di kawasan itu memburuk selepas tebing sungai Brahmaputra pecah berikutan hujan lebat.
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi
Bursa Saham Pakistan kembali beroperasi semula pada Isnin selepas menghentikan sementara perdagangan susulan kebakaran di bangunan tersebut di Karachi.
Trak bantuan terkandas, krisis di Gaza semakin memburuk
Semua trak itu menunggu kebenaran untuk menghantar bekalan kemanusiaan yang sangat diperlukan ke Gaza namun masih belum mendapat lampu hijau untuk berbuat demikian.
[TERKINI] Joe Biden berikrar akan tetap sertai pilihan raya hingga ke penghujung
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berikrar akan menyertai perlumbaan pilihan raya November sehinggi ke penghujung walaupun terdapat segelintir ahli parti Demokrat menggesanya untuk menarik diri.
Srettha, Anwar dijangka bertemu di selatan Thailand bulan depan
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijangka bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah wilayah di selatan negara itu pada 3 Ogos ini.
Kerajaan cuba selesai masalah rakyat pelbagai kaum
Kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah rakyat daripada pelbagai kaum di seluruh negara.
NRES komited terus perkasa pemantauan kualiti udara - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Lima diberkas pecah rumah, curi kabel di Kota Tinggi
Polis menahan lima individu dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kabel di sebuah rumah di Kampung Sungai Rinting, Masai di Johor Bahru pada 4 Julai lepas.
![Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712960872_KeluargaustazFarid.jpg)
Keluarga ustaz Farid Ravi sambut Aidilfitri
Video yang berdurasi 1 minit 14 saat itu memaparkan keluarga Mohd Farid Ravi sedang berkumpul dan bermesra.
![Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695711562_EbitLew.jpg)
Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah
Saksi pendakwaan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena yang diterimanya.
![Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694702768_ShuhailyMohdZain.jpg)
Gangguan seksual: 13 individu dipanggil bantu siasatan kes pendakwah terkenal - Bukit Aman
Seramai 13 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual, membabitkan seorang pendakwah terkenal.
![Polis sahkan pendakwah terkenal buat laporan difitnah Polis sahkan pendakwah terkenal buat laporan difitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674883241_LogoPDRM.jpg)
Polis sahkan pendakwah terkenal buat laporan difitnah
Pengadu yang berusia 38 tahun itu membuat laporan polis pada 2.17 pagi tadi, di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.
![Perbicaraan kes Ebit Lew ditangguh Mei depan Perbicaraan kes Ebit Lew ditangguh Mei depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675776742_TBEbitLew.jpg)
Perbicaraan kes Ebit Lew ditangguh Mei depan
Permohonan penangguhan dibuat bagi membolehkan peguam bela membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi.
![Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672103182_TBtahfiz.jpg)
Tahfiz diceroboh, pengetua cedera dipukul
Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta mengalami kecederaan selepas dipukul.
![Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664288026_EbitLew.jpg)
Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan
Namun, pegawai polis itu memaklumkan beliau tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.
![Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658137104_IdrisAhmad.jpg)
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
![Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649161583_AbdJalilHassan.jpg)
Polis kesan saksi kes gangguan seksual babitkan pendakwah terkenal
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew.
![Siasatan gangguan seksual, polis sahkan panggil semula pendakwah terkenal Siasatan gangguan seksual, polis sahkan panggil semula pendakwah terkenal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626418926_DatukSeriAbdulJal.jpg)
Siasatan gangguan seksual, polis sahkan panggil semula pendakwah terkenal
Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataan berkata, turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu adalah isteri pendakwah tersebut.