KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir pada 3.30 petang hari ini.
Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kejadian tersebut mengakibatkan tren-tren tambahan dari Depoh LRT Subang tidak dapat digerakkan untuk kegunaan operasi pada waktu puncak.
"Susulan daripada gangguan ini, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kekerapan tren 4 hingga 5 minit.
"Beberapa fasiliti seperti eskalator, lampu dan lif di tiga stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Stesen Taman Bahagia dan Stesen Taman Jaya tidak dapat berfungsi namun pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan LRT seperti biasa di stesen-stesen tersebut," menurut kenyataan tersebut.
Menurut Prasarana, para pengguna perkhidmatan LRT disaran menggunakan laluan rel alternatif seperti laluan LRT KL Sentral ke MRT Muzium Negara dan Monorel KL Sentral, LRT Dang Wangi ke Monorel Bukit Nanas, LRT KLCC ke MRT Persiaran KLCC serta LRT Ampang Park ke MRT Ampang Park.
Prasarana turut memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh jurutera Rapid Rail dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada pengguna menerusi kenyataan media serta platform media sosial Rapid KL.
"Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen juga telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang. Pengumuman di platform juga dijalankan secara berterusan," menurut kenyataan itu.
Pihak Rapid Rail turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan yang dialami oleh para penumpang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir pada 3.30 petang hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gangguan kuasa jejas kekerapan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan bilangan tren yang terhad akibat kegagalan sistem bekalan kuasa yang disambar petir pada 3.30 petang hari ini.
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi esok
Kementerian Pengangkutan memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya kepada pengguna pada Isnin mulai jam 6 pagi.
Tambahan 14 gerabak baharu INNOVIA Metro300 tingkat kekerapan tren LRT
Dengan 14 set gerabak baharu ini, kekerapan tren di laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkatkan kepada selang dua minit apabila ia mula beroperasi Jun nanti.