Gangguan bekalan air selama 80 jam yang berlaku di 290 kawasan dalam wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan pulih secara berperingkat bermula 15 Julai hingga 17 Julai 2020.
Pengarah dan Ketua Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, beberapa kawasan akan mula mendapat bekalan air bermula jam 9 pagi Rabu.
Menurutnya, antara kawasan yang akan mendapat bekalan air bermula Rabu adalah Shah Alam, Gombak dan sebahagian daripada Klang.
“Air Selangor beri jaminan bahawa gangguan bekalan air berjadual selama 80 jam di 290 kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan pulih secara berperingkat bermula 15 hingga 17 Julai 2020.
“Ia bergantung kepada premis pengguna samada berada di kawasan tinggi atau penghujung sistem agihan air. Air Selangor ingin jelaskan bahawa bukan semua 290 kawasan akan mengalami gangguan selama empat hari.
“Ini kerana ada kawasan akan mendapat bekalan air bermula esok bermula jam 9 pagi setelah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 beroperasi dengan kapasiti 800 juta liter sehari,” katanya dalam sidang media mayal di sini pada Rabu.
Tambahnya, kerja penggantian dan penambahbaikan aset-aset kritikal di loji tersebut juga berjalan lancar dan tahap kemajuannya melepasi sasaran dibuat sebelum ini.
“Status kemajuan kerja, adalah pada tahap 72 peratus berbanding 53 peratus sasaran perancangan awal. Kemajuan ini adalah 19 peratus lebih awal berbanding tempoh sasaran perancangan awal,” ujarnya.
Dalam pada itu, Abas memaklumkan sebanyak 93 lori tangki air digerakkan ke 82 premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis di sekitar wilayah yang terjejas.
“Air Selangor juga telah menempatkan 82 tangki septik di sekolah bagi memastikan sesi persekolahan yang akan bermula esok berjalan seperti biasa.
Astro AWANI melaporkan pada 6 Julai lepas bahawa sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 hingga 17 Julai ini.
Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abas Abdullah berkata gangguan itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3.
Kerja itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan, lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan.
Astro Awani
Tue Jul 14 2020
Abas berkata, beberapa kawasan akan mula mendapat bekalan air bermula jam 9 pagi esok. - Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Gangguan bekalan air pulih secara berperingkat bermula esok - Air Selangor
Gangguan bekalan air selama 80 jam yang berlaku di 290 kawasan dalam wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan pulih secara berperingkat bermula 15 Julai.