KUALA LUMPUR:Sehingga jam 6 pagi ini, sejumlah 46 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.
Sementara itu, sebanyak 228 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya.
Kadar peratusan pemulihan kini berada pada tahap 17 peratus, menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pihaknya sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang masih terjejas.
Ia susulan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi pada 4 Oktober 2020.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan jam 7.30 pagi ini, peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:
Pada masa sama, Elina mengingatkan pengguna agar tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.
Air Selangor juga menyarankan para pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, sosial media Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.
Astro Awani
Wed Oct 07 2020
Pengguna dinasihat tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar. - Gambar hiasan
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Pencemaran Sg Semenyih: LUAS berjaya kesan kilang dipercayai punca
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat sebuah kilang minyak sawit yang disyaki menjadi punca pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.
463 kawasan di Selangor alami gangguan bekalan air
Lima wilayah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 11.30 malam esok - Air Selangor
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam esok (17 Dis).
Pencemaran: 463 kawasan di Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air
Ini berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih.
Bekalan air di 463 kawasan Lembah Klang dijangka pulih Isnin - Air Selangor
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 6.00 pagi, Isnin ini.
Henti tugas LRA Sg Semenyih: 463 kawasan di Selangor, Putrajaya alami gangguan bekalan air
Tindakan itu terpaksa diambil pihak pengurusan LRA berkenaan berikutan insiden pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.
Pencemaran LRA Sg Semenyih: Kesemua kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya
Kesemua 463 kawasan menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.
Gangguan bekalan air pulih 74 peratus
Proses pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada tekanan air dan jarak lokasi kediaman pengguna.
Polis Kelantan sahkan berjaya tahan dua individu berhubung kes pencemaran Sungai Batang Benar
Individu berkenaan di tahan di rumah masing-masing di Bukit Marak, pada 6 Oktober lepas.
Bekalan air di 259 kawasan pulih sepenuhnya - Air Selangor
Sebanyak 259 daripada 274 kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual, menerima bekalan air sepenuhnya dengan tahap peratusan pemulihan 95 peratus setakat 12 tengah hari ini.