Kira-kira 98 peratus kawasan yang terjejas di Klang, akibat kejadian paip utama yang pecah berhampiran Lebuhraya West-Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping Sabtu lepas, telah pulih sepenuhnya setakat pukul 6.00 pagi ini.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata berdasarkan pemantauan hanya beberapa premis di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan, masih mengalami gangguan bekalan air.
Beliau berkata, kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air itu ialah Bandar Putera, Parkland, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Utara, Jalan Pelabuhan Utara dan Taman Sentosa.
"Pihak kami sentiasa memberi tumpuan bagi menstabilkan dan memulihkan bekalan ke kawasan berkenaan serta meminta kerjasama pengguna terjejas untuk merujuk makluman rasmi.
"Sebarang makluman hebahan yang mendakwa berlakunya lagi gangguan bekalan air adalah tidak benar dan kami sedang berusaha sebaik mungkin bagi mempercepatkan pemulihan dan menstabilkan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas seperti disasarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Raof juga meminta orang ramai tidak membuat simpanan bekalan melebihi penggunaan susulan ia akan menjejaskan proses pemulihan.
Katanya, pengguna yang mahu mendapatkan maklumat dan status terkini situasi gangguan air boleh layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook "Air Selangor" dan Twitter @air_selangor.
Insiden tiga paip utama pecah di tapak projek WCE sejak Sabtu lepas menjejaskan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan di Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
Insiden tiga paip utama pecah di tapak projek WCE sejak Sabtu lepas menjejaskan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan di Klang. - Gambar fail
Fadillah mahu diaspora Malaysia di Laos teroka sektor tenaga boleh baharu
Setiap negara anggota ASEAN kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan penghasilan TBB dan tenaga bersih.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
KBS rancang hantar atlet pelapis ke lebih banyak kejohanan antarabangsa
KBS sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan mengenai cara meningkatkan pembiayaan bagi sukan dan menggalakkan sektor korporat melabur.
Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Sepasang panda gergasi yang dihadiahkan oleh kerajaan pusat kepada Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pagi Khamis.
Ribuan berkabung, beri penghormatan akhir untuk mangsa kebakaran
Orang ramai berkumpul di hadapan barisan keranda putih pada Khamis semasa upacara peringatan untuk 21 kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kebakaran sekolah asrama di Kenya awal bulan ini.
Korea Selatan bakal laksanakan RUU larang deepfake,hukuman maksimum
Penggubal Undang-Undang Korea Selatan pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang menjenayahkan pemilikan atau menonton rakaman deepfake lucah, termasuk hukuman penjara dan denda.
Air Selangor rekod 94 kes aduan baharu
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merekodkan 94 kes baharu aduan air berbau, menjadikan jumlah keseluruhan terkini mencecah 1,046 kes aduan pengguna dilaporkan sejak 29 Sept lepas.
Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel telah pulih sepenuhnya.
Empat loji rawatan air dihenti tugas susulan pencemaran minyak diesel
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan bahawa pencemaran minyak diesel dikesan di muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.
99 peratus pemulihan bekalan air setakat 6 petang - Air Selangor
Keadaan itu berdasarkan pemantauan rapi dan bacaan tekanan di sistem-sistem agihan sehingga jam 6 petang ini.
Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 siap
Loji akan diaktifkan semula dan proses menyalurkan bekalan air terawat ke kolam utama dan sistem agihan utama akan dilaksanakan.