Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menunaikan janji berkaitan pinjaman pendidikan itu yang dibuat dalam Manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Faizuddin Mohd Zai mempersoalkan polisi bayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan dalam pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Semua mahasiswa bersepakat untuk dia (Wan Saiful) letak jawatan, kerana dia berkeras untuk tidak melaksanakan janji yang diletakkan di dalam manifesto dengan alasan yang tidak munasabah," kata beliau.
Muhammad Faizuddin ditemui media selepas berarak bersama lebih 200 mahasiswa dari Masjid Jamek ke Ibu Pejabat PTPTN dalam Himpunan Tuntut Janji PTPTN, di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, hari ini.
Mereka mengenakan pakaian serba hitam dan mengikat tali di kepala serta membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera menulis "Tuntut janji PTPTN" dan melaungkan "hidup mahasiswa", "bangkit mahasiswa" serta "tolak kezaliman".
Selain Wan Saiful, mereka turut mendesak Menteri Pendidikan Maszlee Malik meletak jawatan.
Perarakan yang bermula pada 12.30 tengahari itu juga juga telah menyebabkan jalan raya menjadi sesak di sepanjang laluan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahkan akan memanggil penganjur himpunan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
“Tiada notis diberikan kepada polis. Kita akan ambil tindakan mengikut APA 2012,” katanya.
Pada 17 November lalu, PTPTN dilaporkan mengakui tidak mampu menangguhkan pembayaran balik pinjaman tabung itu bagi peminjam yang berpendapatan bawah RM4,000.
Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, berkata cadangan penangguhan pembayaran semula itu bakal memberi kesan buruk kepada institusi berkenaan bagi jangka masa panjang.
Afiezy Azaman
Sat Nov 24 2018

Muhammad Faizuddin bersama lebih 200 mahasiswa dalam Himpunan Tuntut Janji PTPTN petang tadi. -Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

GAMIS cadang mekanisme kad diskaun pelajar disemak semula
Kerajaan perlu pastikan setiap universiti menguat kuasa inisiatif itu dengan lebih efektif memandangkan ia program jangka masa pendek.

GAMIS desak Dong Zong diharamkan
Desakan itu disuarakan dalam Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong yang berlangsung di ibu negara, pada Rabu.

Gamis desak Pengerusi PTPTN letak jawatan
Gamis mempersoalkan polisi bayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan dalam pembentangan belanjawan di Dewan Rakyat baru-baru ini.