Gambar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.
Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.
Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar.
Bernama
Mon Jan 19 2015
Mohd Amar mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz (gambar), yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Pas kekal sokong RUU Antilompat Parti - Mohd Amar
Sebelum ini Kelantan telah meluluskan enakmen antilompat parti di negeri itu, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Agung.
Ibu Timbalan MB Kelantan meninggal dunia
Ibu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim meninggal dunia, awal pagi tadi.
BN tidak 'gentleman' - Pas
Kerajaan Barisan Nasional disifatkan tidak 'gentelman' dalam berdepan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ahli Pas bertanding atas tiket PH? Hadi enggan ulas
Terbaharu khabar angin bertiup kencang berhubung dakwaan ahli Pas yang bakal bertanding atas tiket Pakatan Harapan pada PRU ke-14 di Terengganu.
Kerajaan negeri sudah berlembut, beri tempoh setahun - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan sudah berlembut dan memberi tempoh selama setahun untuk para peniaga pasar Pasir Puteh untuk berpindah ke tapak baharu iaitu di Pasar Siti Hajar.
Kelantan tidak akan tutup pusat tahfiz - Timbalan MB
Kerajaan negeri Kelantan tidak akan menutup pusat tahfiz dan juga pondok pengajian agama walaupun mereka tidak selamat atau mempunyai sijil layak menduduki (CF).
Pas masih belum sahkan tahaluf siyasi dengan PPBM - Mohd Amar
Pas masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak pada Rabu lepas.
Kerajaan Kelantan sedia bincang dengan Orang Asli isu Hutan Simpan Kekal Balah
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya bersedia membuka pintu rundingan terhadap apa sahaja tuntutan masyarakat berkenaan.
PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar
PAS belum muktamadkan agenda perbincangan dan post mortem selepas keputusan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Amanah tak mampu bertanding sendirian tanpa sokongan DAP, PKR - Mohd Amar
Naib Presiden PAS itu berkata, Amanah mendapat undi yang tinggi melebihi PAS di Parlimen Sungai Besar kerana undi masyarakat Cina yang menyokong DAP di kawasan berkenaan.