Astro Publication
Sat May 09 2015
Kisah 8 tahun bercinta. Siapa sebenarnya isteri Fahrin Ahmad?
Foto :
Tarikh 9 Mei 2015 melakar suatu detik manis dan bersejarah buat pasangan pengantin baharu Fahrin Ahmad dan Elena Hani Eleas yang telah selamat diijabkabulkan di Pusat Konvensyen Sime Darby di hadapan 250 orang ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan media. Majlis pernikahan mendapat sentuhan dekorasi istimewa daripada Flora, etc. dan menyaksikan pasangan mempelai mengenakan busana rekaan Cosry.
9 Mei juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Fahrin Ahmad yang ke-36. Anak ketiga daripada empat beradik ini salah seorang putera pasangan Haji Ahmad bin Atil dan Hajjah Merbyah binti Akhwan.
Beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Seorang pelakon dan juga pengacara, beliau kini mula berjinak-jinak sebagai seorang speaker dan penceramah. Anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini telah bergiat dalam bidang seni selama 13 tahun dan karya lakonan beliau terkini ialah filem Pilot Cafe.
Minat beliau terhadap sukan dan aktiviti kecergasan juga tidak dapat dipisahkan. Perjalanan seni beliau dipenuhi banyak gosip serta spekulasi tentang jodoh. Namun, berkat ramai yang mendoakan selama ini, bagi diri beliau hari ini bagai terjawab sebuah doa yang pengantin perempuan bernama Elena Hani binti Eleas, 37 tahun. Telah dilahirkan di Johor Bahru, Johor. Beliau sebelum ini berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin. Anak sulung daripada tiga beradik, beliau satu-satunya puteri bagi pasangan Haji Eleas bin Hashim dan Hajjah Rohaniah binti Sayon.
Elena telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Peringkat A-Level di Kolej Yayasan Pelajaran MARA Kuala Lumpur sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) LLB (Hons) pada tahun 2003 di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam. Beliau kemudiannya memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam bertauliah di firma guaman Tetuan Cheang & Ariff Kuala Lumpur selama lima tahun (2003-2007).
Atas dasar mencabar diri mencuba sesuatu yang baru serta membuktikan kemampuan diri berdikari, beliau telah berhijrah ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu dengan menyertai syarikat penerbangan antarabangsa terkemuka Emirates Airlines bermula tahun 2007. Setelah hampir lapan tahun beliau berkhidmat bersama syarikat tersebut, kini beliau memegang jawatan Ketua Pramugari (Senior Flight Stewardess) dan masih terus menetap di Dubai sehingga hari ini. Pasangan ini pada suatu masa dahulu pernah menuntut di institusi pengajian yang sama iaitu Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di UiTM Shah Alam.
Namun begitu, mereka hanya saling mengenali tetapi tidak berkawan. Selepas matrikulasi dan memasuki Fakulti Undang-Undang, mereka jarang melihat kelibat satu sama lain sehinggalah tamat pengajian dan membawa haluan hidup masing-masing. Jika sudah jodoh tidak ke mana, selepas 17 tahun, takdir sekali lagi menemukan mereka kembali. Pertemuan semula mereka yang pada mulanya sekadar hanya untuk bertanya khabar sehingga hari pernikahan ini tidakpun sampai setahun. Keputusan untuk bernikah antara kedua-dua pihak hanya mengambil masa beberapa bulan selepas detik pertemuan semula ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Tumpuan Rabu – 18 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Belanjawan 2025: Kerajaan fokus strategi stabilkan inflasi - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memfokus kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi sekali gus menangani cabaran kenaikan kos sara hidup rakyat dalam Belanjawan 2025.
Ketua Menteri Delhi Kejriwal letak jawatan, pembantu utama sebagai pengganti
Ketua menteri Delhi, Arvind Kejriwal, meletak jawatan pada Selasa dan digantikan oleh pembantu utamanya Atishi Marlena.
AWANI 7:45 [17/09/2024] - Definasi halal semakin berkembang | Tiada sejarah ke luar negara | Ibu bapa sudah dikenal pasti | Jumlah mangsa meningkat
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
1. Sijl halal bukan lagi soal babi dan alkohol, kata PM
2. Kes terbaharu mpox di Malaysia
3. 392 kanak-kanak jadi mangsa GISBH, ada ibu bapa enggan akui anak
4. Banjir di Kedah dan Pulau Pinang semakin memburuk
AWANI Ringkas: Tujuh PPS dibuka di Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
All Stars Buka Panggung cabar selebriti berlakon, melawak tanpa skrip
Pertandingan komedi pentas (stagecom) itu berkonsepkan realiti dan bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air.
Bakal bergelar ibu, Fiza Frizzy kini hamil sebulan
Pengacara dan personaliti televisyen, Fiza Frizzy akui bahawa dirinya kini sedang hamil sebulan.
Jihan teruja mengacara ASK2017 dengan perut 'boyot'
PELAKON dan pelawak Jihan Muse akui teruja apabila diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang bakal berlangsung November depan.
Fahrin Ahmad lega, anak dah boleh keluar hospital
Pelakon Fahrin Ahmad akui lega selepas anak lelaki kesayangannya, Khalifa Fahrel yang dimasukkan ke hospital beberapa hari sudah dibenarkan keluar.
Fahrin Ahmad timang 'baby boy' di hari kelahiran isteri
Fahrin Ahmad kini bergelar bapa selepas isterinya, Elena Hani Eleas selamat melahirkan cahaya mata sulung.
Fahrin Ahmad teruja bakal timang anak sulung
Pelakon Fahrin Ahmad akui berasa teruja apabila berpeluang untuk merasai sendiri pergerakan bayi dalam kandungan isterinya yang kini hamil enam bulan.
Sambut Ramadan berjauhan, Fahrin Ahmad minta isteri banyak bersabar
Pelakon Fahrin Ahmad akui terasa berat hati selepas terpaksa berjauhan dengan isteri, Elena Hani Eleas yang kini bertugas sebagai pramugari di Dubai.
[GAMBAR] Kisah 8 tahun bercinta. Siapa sebenarnya isteri Fahrin Ahmad?
Mereka hanya saling mengenali tetapi tidak berkawan.Selepas matrikulasi dan memasuki Fakulti Undang-Undang, mereka jarang melihat kelibat satu sama lain
Pelakon Fahrin Ahmad sunting Elena Hani Eleas sebagai isteri
Fahrin Ahmad, 36 selamat melangsungkan pernikahan dengan Elena Hani Eleas dalam satu majlis yang berlangsung pagi tadi.
Fahrin Ahmad menamatkan zaman bujang. Perkahwinan paling bermakna.
Kami mendoakan kebahagiaan @fahrinahmad_fa dengan suri pilihan hatinya, Elena Hani Haji Eleas di majlis pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre.