KEPALA BATAS: Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tiga keping gambar tular di Facebook yang memaparkan dua batu tertera ayat al-Quran dijadikan pelapik tempat anjing tidur.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata gambar tersebut dikesan ditularkan semalam dan berdasarkan siasatan awal kejadian itu berlaku di sebuah kedai barang perkakasan di kawasan Teluk Air Tawar, di sini.
"Polis turut menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki hari ini berhubung hantaran di aplikasi media sosial TikTok milik akaun isterinya berkaitan gambar sama.
"Menerusi hantaran itu, seorang pengguna pemilik akaun TikTok telah meninggalkan komen iaitu 'rider PBA tanya owner kedai kata jangan sibuk' pada gambar berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki yang membuat laporan polis itu tidak mengenali pemilik akaun TikTok yang meninggalkan komen tersebut dan tujuan dia membuat laporan polis kerana terkilan dengan pemilik kedai perkakasan berkenaan yang tidak menghormati agama Islam.
Mohd Asri berkata pihaknya telah menghubungi pengendali laman Facebook Kementerian Nitizen Malaysia bagi memadam hantaran yang tular itu, selain turut menghubungi pemilik kedai perkakasan dan pemilik akaun TikTok untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya lawatan pihak polis ke lokasi kejadian mendapati dua batu tertera tulisan ayat al-Quran itu telah tiada di tempat yang ditularkan.
"Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1997," katanya.
Menurutnya orang ramai dinasihatkan agar memadam dan tidak menularkan gambar tersebut bagi menjaga sensitiviti agama Islam dan mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023

Polis berkata gambar tersebut dikesan ditularkan semalam dan berdasarkan siasatan awal kejadian itu berlaku di sebuah kedai barang perkakasan di kawasan Teluk Air Tawar. - Gambar hiasan/Twitter@bernamadotcom
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Gambar batu tertera ayat al-Quran dijadikan pelapik tidur anjing disiasat - Polis
Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tiga keping gambar tular di Facebook yang memaparkan dua batu tertera ayat al-Quran dijadikan pelapik tempat anjing tidur.