Isu gaji awal yang akan diterima penjawat awam sempena musim perayaan Aidilfitri nyata memeningkan mereka yang terlibat.

Walaupun ia dianggap satu kemudahan dari satu segi, namun dari satu segi yang lain, ia boleh menjadi beban.

Masakan tidak, penjawat awam akan menerima gaji pada 9 Julai, dan gaji seterusnya ialah pada 25 Ogos. Ini bermakna, penjawat awam akan melalui 46 hari sebelum menerima gaji.

Ada beberapa pro dan kontra apabila membabitkan isu ini. Melalui Facebook, netizen meluahkan pandangan mereka masing-masing.

SERTAI UNDIAN ONLINE: #GajiAwal: Apa langkah terbaik untuk selamatkan gaji Ogos yang diterima awal?

BACA: #GajiAwal: 'Penjawat awam perlu rancang, kawal perbelanjaan - Cuepacs

Kebanyakannya mahu penjawat awam agar bijak menguruskan perbelanjaan. Ini kerana hanya perbelanjaan yang berhemat sahaja yang boleh menyelamatkan mereka daripada situasi poket kering.

gaji 1


gaji 2

Namun ada sebilangan yang tidak mampu menyembunyikan kebimbangan memandangkan gaji yang diterima mereka kecil. Golongan ini dianggap paling terkesan dengan pemberian gaji awal memandangkan bukanlah senang untuk menguruskan gaji yang sedikit untuk tempoh yang lama.

gaji 3

gaji 4

Tidak kurang juga yang menganggap implementasi GST dan kenaikan harga barang, menambahkan beban mereka apabila berdepan situasi seumpama ini.

gaji 5


gaji 6


gaji 8