KOTA KINABALU: Gajah Borneo atau Elephas maximus borneensis diklasifikasikan sebagai 'Terancam' dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) disebabkan populasinya yang kecil dan semakin berkurangan.
Pakar gajah World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) Dr Cheryl Cheah berkata situasi ini menimbulkan risiko kepupusan yang sangat tinggi di habitat liar bagi gajah yang berasal dari Pulau Borneo khususnya Sabah ini.
"Mereka diklasifikasikan sebagai 'Terancam' menggariskan pentingnya tindakan pemuliharaan secara kolaboratif seperti pengurusan konflik antara manusia dan gajah serta mencegah kehilangan dan pemecahan habitat seterusnya.
"Kedua-duanya adalah penting untuk menjaga kewujudan mereka pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh WWF-Malaysia semalam.
Cheah berkata sebagai unit berkembang secara beransur-ansur yang signifikan, gajah Borneo berbeza secara morfologi dan genetik daripada gajah Asia di tanah besar, menjadikannya unik di Pulau Borneo dan sebahagian daripada warisan semula jadi kita.
Gajah Borneo yang juga dikenali sebagai gajah pygmy Borneo, subspesies kepada gajah Asia atau Elephas maximus, dibezakan melalui saiznya yang lebih kecil dengan gajah jantan membesar sehingga ketinggian kira-kira 2.5 meter berbanding 3 meter di tanah besar.
Gajah Asia itu diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN mengikut penilaian pada 18 Sept 2019 dan diterbitkan pada 2020; manakala subspesiesnya, gajah Borneo diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN menurut penilaian pada 17 Nov tahun lepas dan diterbitkan tahun ini.
Sementara itu, IUCN menyatakan bahawa terdapat 1,000 ekor jumlah keseluruhan populasi gajah Borneo, dengan kira-kira 400 darinya adalah dewasa yang boleh membiak.
"Kira-kira 60 peratus daripada habitat hutan gajah Borneo telah hilang sejak 40 tahun lalu, terutamanya disebabkan oleh pembalakan dan penanaman kelapa sawit secara komersial.
"Kedua-dua kerajaan, Malaysia dan Indonesia, mempunyai pelan tindakan untuk pemuliharaan gajah Borneo, tetapi mereka menghadapi banyak cabaran.
"Senarai Merah IUCN kini memberikan pengiktirafan antarabangsa terhadap gajah Borneo sebagai subspesies unik dan Terancam, memberikan sebab yang kuat untuk pemuliharaan mereka," kata kenyataan IUCN.
IUCN berkata untuk menjamin masa depan haiwan unik ini, adalah penting untuk melindungi dan mengembangkan habitat hutan mereka, menyokong komuniti tempatan dalam meminimumkan konflik dengan gajah dan menguatkuasakan langkah mencegah pemburuan haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
![Gajah Borneo diklasifikasi sebagai 'Terancam' dalam Senarai Merah IUCN Gajah Borneo diklasifikasi sebagai 'Terancam' dalam Senarai Merah IUCN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719620257_gajahborneo.jpg)
Gajah Asia diisytiharkan sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN mengikut penilaian pada 18 Sept 2019 manakala gajah Borneo diisytihar sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN menurut penilaian pada 17 Nov 2023. - Gambar fail/BERNAMA
![Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719800705_childrenpalestinian.jpg)
Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera.
![Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719800433_AnwarIbrahim.jpg)
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.
Platform kewangan digital komprehensif perkasa PMKS
Ketua Pengarah, CHIP In Sdn Bhd Zakwan Sharif kongsikan tentang platform kewangan digital komprehensif, CHIP yang direka khusus untuk menyokong dan memperkasa PMKS. Matlamat mereka adalah untuk membantu perniagaan menyelaraskan proses kewangan mereka, mengurangkan kerumitan operasi, dan memacu pertumbuhan.
![PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan? PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719119222_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
![Pemain badminton China rebah sebelum meninggal dunia Pemain badminton China rebah sebelum meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719798299_ZhangZhiJie.jpg)
Pemain badminton China rebah sebelum meninggal dunia
Kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada jam 12.20 malam.
AWANI Pagi: Penemuan bersejarah di Bukit Choras & menariknya arkeologi
Ikuti cerita pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat penemuan bersejarah di Bukit Choras, Yan, Kedah.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Transformasi pengurusan bengkel, penyelesaian inovatif automotif
Pomen Autodata Sdn Bhd (Pomen) telah mengumumkan pelancaran Engarage, Sistem Pengurusan Bengkel Bersepadu (SaaS) berasaskan awan yang direka untuk membantu bengkel automotif dan pusat perkhidmatan. Bagaimana teknologi dapat membentuk industri perkhidmatan automotif di Malaysia ke tahap yang lebih baik?
![PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025 PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
PSM setuju jadi tuan rumah Piala Asia 2025
Mohd Sumali berkata tawaran itu bagaimanapun perlu ambil kira beberapa faktor termasuk dari sudut dana, sebelum langkah seterusnya.
Jiwa SME: Revolusi pemasaran digital, tingkatkan akses pasaran
Banyak syarikat tempatan berlumba-lumba mencari perunding pemasaran digital yang boleh membantu mereka meningkatkan kehadiran dan prestasi perniagaan di platform digital. SRA Marketing menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif untuk memenuhi permintaan ini termasuk pemasaran digital, kandungan kreatif, penjenamaan, dan lain-lain lagi.
Analisis ekonomi & pasaran: Dari pemulihan kepada pulih
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan membincangkan bagaimana setiap data KDNK dan inflasi mempengaruhi ekonomi dan pasaran modal.
![Racun punca dua gajah Borneo mati Racun punca dua gajah Borneo mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563674965_CHRISTINAROYALTI.jpg)
Racun punca dua gajah Borneo mati
Bagaimanapun jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.
![Itulah istimewanya gajah Borneo, banggalah rakyat Sabah - Dr Nurzhafarina Itulah istimewanya gajah Borneo, banggalah rakyat Sabah - Dr Nurzhafarina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61519900804_nurzhafarinaothman.jpg)
Itulah istimewanya gajah Borneo, banggalah rakyat Sabah - Dr Nurzhafarina
Dr Nurzhafarina Othman berkata ia memberi mesej bahawa haiwan ini sedang melalui proses penerimaan cara kehidupan manusia.