SHAH ALAM: Gajah bergerak secara berkumpulan pergi ke kawasan berbukit untuk mencari makanan dan berpindah ke habitat yang baru.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, gajah biasanya bergerak secara berkumpulan ke kawasan yang lebih tinggi untuk mencari makanan.
"Gajah bergerak ke kawasan berbukit untuk mencari makanan atau berpindah ke kawasan yang baharu.
"Orang ramai diingatkan agar tidak mengganggu aktiviti pergerakan gajah ini dan menjauhkan diri daripada haiwan terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Baru-baru ini, terdapat dakwaan mengatakan kejadian gajah mendaki bukit sejak beberapa hari lalu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.
Pada Selasa, tular rakaman video sekumpulan gajah dilihat bergerak ke atas bukit dipercayai di Simpang Kuala Betis ke Lojing, Gua Musang, Kelantan.
Kemudian, pada Sabtu, tular pula sekumpulan gajah menaiki kawasan bukit di Tasik Kenyir, Terengganu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari dan dirakam pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 09 2022

Laporan Sinar Harian pada Ahad,(Gambar dalam : Abdul Kadir). - Sinar Harian
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Gajah naik bukit cari makanan, pindah habitat baharu
Gajah bergerak secara berkumpulan pergi ke kawasan berbukit untuk mencari makanan dan berpindah ke habitat yang baru.