Jabatan Pendaftaraan Negara (JPN) bercadang mengenakan denda kepada orang ramai yang gagal menuntut MyKad yang siap diproses dalam tempoh ditetapkan berikutan terdapat ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara itu.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Mohd Yazid Ramli berkata pihaknya juga bercadang memendekkan tempoh sah guna dokumen Mykad sementara kepada kurang 30 hari berbanding tiga bulan sebelum ini bagi melicinkan pelbagai urusan rakyat.
Bagaimanapun, kedua-dua cadangan itu masih di peringkat perbincangan dan pihaknya akan melaksanakannya selepas mendapat keputusan berhubung cadangan tersebut, katanya.
"Cadangan itu bagi memastikan pemohon tidak lambat menuntut Mykad mereka sehingga ada yang menggunakan dokumen pengenalan sementara walaupun sudah tamat tempoh.
"Pemohon yang gagal menuntut Mykad yang sudah siap akan dikenakan denda kerana disifatkan gagal mempunyai pengenalan diri yang sah dan menyukarkan pelbagai urusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Projek Hab Percetakan Teragih MyKad (DPP) JPN Pulau Pinang di sini, pada Khamis.
Mengenai projek Hab DPP, Mohd Yazid berkata ia memberikan penjimatan kos kepada pembangunan sistem, tenaga kerja dan perkhidmatan Pos Laju kepada JPN negeri ini.
"Pelaksanaan projek ini turut memberi faedah secara berterusan kepada rakyat dan perkhidmatan awam berikutan manfaat penjimatan masa yang diperoleh rakyat, mempermudahkan urusan rasmi yang memerlukan pengesahan maklumat diri melalui MyKad," katanya.
Beliau berkata sebelum ini tempoh proses Mykad mengambil masa sehingga 10 hari, namun dengan projek ini tempoh itu dipendekkan kepada lima hari.
Katanya MyKad pada masa ini dilengkapi lebih 10 ciri keselamatan dan ia tidak boleh diklon oleh sindiket yang menghasilkan kad pengenalan palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara berkata pihaknya juga bercadang memendekkan tempoh sah guna dokumen Mykad.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Gagal tuntut MyKad telah siap akan didenda - JPN
JPN bercadang mengenakan denda kepada orang ramai yang gagal menuntut MyKad yang siap diproses.