Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) diberi amaran kerana gagal memastikan 75 peratus penumpang pesawat MH741 dari Yangon, Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjalani pemeriksaan Imigresen setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana masalah cuaca baru-baru ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya 32 daripada 135 penumpang pesawat itu sahaja, termasuk rakyat Malaysia, diperiksa Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Beliau yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, keadaan itu boleh mendedahkan keselamatan negara kepada sebarang kemungkinan tidak diingini seperti pembolosan penumpang dan keganasan.
"Kita faham kapal terbang terpaksa melencong ke Langkawi, tetapi peraturan untuk memproses penumpang dari luar negara seperti cop pasport dan lain-lain tidak dipatuhi.
"Selepas itu, pesawat berkenaan ke Kuala Lumpur sebagai pesawat domestik dan sampai ke KL, mereka masuk ke negara ini sebagai penumpang domestik, jadi penumpang dan kapal terbang tidak dapat diproses oleh Imigresen," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'Bengkel ASEAN dan COMMIT: Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi Yang Berkaitan' di sini hari ini.
Nur Jazlan berkata beliau belum mendapat laporan penuh mengenai perkara itu dan syarikat penerbangan sepatutnya bertanggungjawab memastikan setiap penumpang yang menaiki pesawatnya dari luar negara perlu diperiksa oleh pihak Imigresen walaupun berlaku masalah teknikal dan sebagainya.
"Jika syarikat penerbangan tidak mematuhi peraturan Imigresen ini, ianya menyalahi undang-undang," katanya dan menambah kejadian itu amat membimbangkan.
Beliau berkata terdapat pelbagai cara pembolosan penumpang dan beliau meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memperketatkan kawalan keselamatan di KLIA dan klia2.
"Walaupun jumlah kes pembolosan tidak besar mana, tetapi ia mungkin menjadi satu peluang untuk sesiapa yang berniat jahat memasuki negara kita.
"Jangan lupa, sekarang kalau hendak berlaku insiden keganasan tidak perlu ramai orang, empat atau lima orang pun boleh buat seperti yang berlaku di Paris baru-baru ini," katanya.
Bernama
Tue Dec 15 2015
![Gagal pastikan penumpang antarabangsa diperiksa Imigresen, MAB diberi amaran Gagal pastikan penumpang antarabangsa diperiksa Imigresen, MAB diberi amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448705845_NurJazlanMohamed.jpg)
NUR JAZLAN: Keadaan itu boleh mendedahkan keselamatan negara kepada sebarang kemungkinan tidak diingini seperti pembolosan penumpang dan keganasan.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720838217_Pendatangasing.jpg)
Imigresen serbu pangsapuri mewah, tahan 40 pendatang tanpa izin
Seramai 40 pendatang tanpa izin ditahan di Brickfields kerana tidak memiliki pas atau permit untuk tinggal di Malaysia, pas tamat tempoh serta tinggal lebih masa.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
![Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720260875_TBMAH.jpg)
Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH
Terdapat keperluan untuk menganjurkan pameran pelancongan yang lebih fokus kepada pelancongan dalam negara.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719616643_RuslinJusoh.jpg)
Jabatan Imigresen teliti dakwaan pengarah syarikat dipukul ketika operasi
Jabatan Imigresen juga sedang menunggu laporan lengkap daripada Imigresen WPKL dan seterusnya akan meneliti dakwaan tersebut.
![Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718544597_tbAhmadRidhwanMohd.jpg)
Tujuh warga asing ditahan cuba keluar negara secara haram
Polis menahan tujuh warga asing dipercayai cuba keluar dari Malaysia secara haram di Teluk Gadong, Klang dekat sini pada 1 pagi tadi.
![Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718519372_wargaasing.jpg)
Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.
![Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41596274742_CHRISTINAROYALTI.jpg)
Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan
Sebanyak 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di perairan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna diberikan notis arahan pengosongan yang diedarkan dari 2 hingga 4 Mei lepas.
![Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716019334_JabatanImigresenMa.jpg)
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.