GOMBAK: Tidak sempat mengelak kereta bertukar lorong dipercayai punca kemalangan melibatkan lima buah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu sekitar jam 12.30 tengah hari.
"Kemalangan dipercayai berlaku semasa kesemua penunggang motosikal yang dari arah Genting dipercayai telah hilang kawalan akibat terdapat sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti telah menukar lorong.
"Kereta berkenaan telah menukar haluan dan masuk ke lorong di mana penunggang motosikal berkenaan berada menyebabkan seorang daripadanya terbabas dan jatuh di lorong kanan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zainal berkata, akibat tidak sempat berhenti, empat lagi penunggang motosikal turut terbabas semasa cuba mengelak penunggang motosikal yang telah jatuh di atas jalan raya.
"Akibat daripada kemalangan itu, kesemua penunggang motosikal telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.
"Kesemua mangsa telah dibawa oleh ambulans dan menerima rawatan di zon merah serta kuning di Hospital Selayang," jelas beliau.
BACA: Seorang melecur nahas 5 motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya KL-Karak
Pada Selasa Sinar Harian melaporkan, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi melecur selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang 8.5 km bermula dari KM35 arah barat sehingga ke lokasi kemalangan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 27 2022

Kesemua penunggang motosikal telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan yang lain. - Gambar/ PDRM
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Gagal elak kereta punca kemalangan 5 'superbike' di Lebuhraya KL-Karak
Tidak sempat mengelak kereta bertukar lorong dipercayai punca kemalangan melibatkan lima buah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 26.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, pada Selasa.