Dewan Pemuda Pas Kelantan, menasihat kepada semua pengguna yang dibekalkan air oleh syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) agar melunaskan tunggakan bil air masing-masing kerana dibimbangi solat menggunakan air berkenaan tidak mendapat pahala.
Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nor Azariza Mohd Alwi, solat menggunakan air yang tidak dibayar atas perkhidmatan yang disediakan umpama solat memakai pakaian yang dicuri.
“Nasihat kepada pengguna AKSB yang menggunakan air AKSB tetapi tidak membayar bil supaya menjelaskan bil kerana solat yang kita lakukan menggunakan wuduk dari air yang tidak dibayar bil, solat itu diterima, tidak diberi ganjaran oleh Allah. Rugilah kita, solat terima, tetapi tidak dapat ganjaran, macam kita solat pakai kain curi,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum menyokong AKSB di ibu pejabat syarikat itu di sini hari ini.
Nor Azariza turut menjelaskan, masalah bekalan air bersih di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh 10 tahun sebagaimana yang dijamin kerajaan negeri sebelum ini.
Beberapa daerah di Kelantan menghadapi masalah tekanan air rendah serta terputus bekalan sejak sekian lama.
Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Negeri untuk melakukan penstrukturan semula dan migrasi bekalan air di Kelantan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Muhafandi Muhamad
Wed Oct 12 2016
Beberapa daerah di Kelantan menghadapi masalah tekanan air rendah serta terputus bekalan sejak sekian lama. - Gambar hiasan
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Tiga termasuk bekas pengurus besar AKSB ditahan bantu siasatan rasuah
SPRM menahan tiga lelaki termasuk seorang bekas pengurus besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang melibatkan projek bernilai lebih RM27 juta.
Pesan kat Husam, jangan lari kalau kami hantar surat saman - Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan terdapat lima saman yang akan dikemukakan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa.
Gagal bayar bil air, dibimbangi solat tidak dapat pahala - Pemuda Pas Kelantan
Menurut Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan Nor Azariza Mohd Alwi, solat menggunakan air yang tidak dibayar atas perkhidmatan yang disediakan umpama solat memakai pakaian yang dicuri.