KUALA LUMPUR: Jika ramai rakan seuniversiti memilih untuk bersama keluarga di rumah sepanjang cuti semester, apatah lagi ketika penularan pandemik COVID-19 semakin parah, Sara Wajiha Azman memutuskan untuk memanfaatkan masa luang tersebut dengan menyumbang kepada negara.
Gadis berusia 21 tahun itu memilih menjadi sukarelawan MyVac bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dan dia beruntung kerana terpilih bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Galaxy Mall di Ampang yang terletak berhampiran kediaman keluarganya.
Menyifatkan pengalaman itu sebagai "satu dalam sejuta", penuntut tahun dua di Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia tersebut berkata dia juga bertuah kerana terpilih mengetuai pasukan MyVac di PPV berkenaan.
"Banyak cabaran yang dilalui, khususnya dalam memastikan kita mempunyai sukarelawan mencukupi untuk bertugas setiap hari.
"Seperti kita sedia maklum, bukan semua boleh datang setiap hari kerana masing-masing ada komitmen lain. Justeru, apabila keadaan itu berlaku, saya perlu bijak menyusun tenaga kerja sedia ada seperti mengurangkan orang di stesen tertentu dan meletakkan mereka bertugas di stesen yang memerlukan," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
CABARAN MENGURUSKAN WARGA ASING
Menurutnya, cabaran lain ialah berurusan dengan warga asing yang kebanyakannya tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris sekalipun ada pasukan penterjemah untuk membantu mereka mengisi borang persetujuan vaksinasi dan maklumat diri.
"Jadi, tugas saya sebagai ketua ialah perlu segera fikirkan cara untuk mengatasi masalah sedia ada, sebagai contoh menghentikan sementara sistem nombor giliran dan menggunakan kaedah yang berbeza untuk melancarkan semula proses vaksinasi.
"Selain itu, kita ahli sukarelawan juga terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 secara langsung kerana ada ahli masyarakat yang masih tidak faham bahawa jika mereka merupakan kontak rapat, kes suspek, positif COVID-19, mereka tidak boleh datang ke PPV untuk mengambil vaksin. Malah, ada banyak kes menipu surat sokongan doktor dan mengatakan dia negatif jangkitan, walhal surat itu adalah surat palsu," keluhnya.
PPV Ampang yang beroperasi sejak 26 Julai lepas, bertujuan mempercepat pemvaksinan penduduk di sekitar Lembah Klang dengan kapasiti harian kira-kira 1,800 dos dan terbuka kepada orang ramai, warga tua serta rakyat asing yang terpilih secara janji temu melalui MySejahtera.
TENAGA BELIA PERLU DIGEMBLENG
Sara Wajiha yang aktif dalam aktiviti kesukarelawanan di universitinya juga menyangkal dakwaan bahawa belia negara ini lemah dan gagal membantu kerajaan dalam mengharungi pandemik COVID-19.
"... sebenarnya ramai yang tidak dapat duduk diam memikirkan bagaimana hendak memberi sumbangan tenaga dan masa mereka. Saya difahamkan ada kira-kira 60,000 orang yang masih menunggu giliran dan peluang untuk menjadi sukarelawan MyVac, dan ini merupakan jumlah yang besar," katanya.
Mengenai masa yang dihabiskan di PPV itu, wanita muda berkenaan berkata hampir setiap hari dia akan berada di situ hingga malam kerana ada masanya mereka tidak mempunyai petugas yang mencukupi.
Dia juga bersyukur kerana mendapat restu ibu bapa untuk bertugas di PPV.
Menurutnya, dia memanfaatkan sepenuhnya peluang menjadi sukarelawan MyVac untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada generasi lebih tua.
"Di universiti, kebiasaannya saya bekerja dengan mereka yang hampir sebaya, namun apabila ditugaskan sebagai ketua sukarelawan di sini, saya berpeluang bekerjasama dengan mereka yang datang daripada pelbagai lapisan umur dan pengalaman kerja. Apabila tiba waktu rehat, saya sering duduk berbual dengan mereka dan mencedok banyak nasihat dan teguran daripada mereka," katanya.
BELIA DAN KERAJAAN
Sementara itu, Ketua Projek Belia Mahir Mohammad Rizan Hassan berkata anak muda di negara ini harus sedar bahawa pada masa ini seluruh ahli masyarakat memerlukan tenaga mereka.
"Hidup tanpa berkhidmat kepada masyarakat tidak ubah sebagaimana pencuri besar dalam negara. Kehidupan biarlah sentiasa bekerja dan berdamping dengan masyarakat dan negara.
"Selain itu, para belia juga hendaklah menjadi lidah penyambung suara kerajaan kepada rakyat. Semoga jentera pembangunan kerajaan dapat disalurkan kepada seluruh rakyat di negara ini secara holistik," katanya.
Pada masa sama, Tokoh Belia Negara 2011 itu turut menggesa belia meningkatkan pengetahuan dalam teknologi maklumat kerana pembangunan bandar berteknologi yang dirancang oleh kerajaan adalah untuk "menyelamatkan" golongan tersebut dalam mengharungi era yang mencabar, khususnya pasca-COVID-19.
Katanya kegagalan meningkatkan pengetahuan secara berterusan dalam bidang teknologi maklumat termasuk cara memanfaatkannya akan menyebabkan mereka bukan sahaja ketinggalan dalam bidang itu tetapi juga terdedah kepada "serangan" ke atas cara hidup, agama dan amalan budaya.
"Memang benar ancaman teknologi akan sentiasa berlaku dan menimbulkan perkara-perkara tidak diingini. Tetapi, jika golongan belia sendiri tidak tahu tentang teknologi dan pengurusan multimedia, mereka mungkin tidak dapat mengawal gejala buruk yang akan berlaku kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
PPV Ampang yang beroperasi sejak 26 Julai lepas, bertujuan mempercepat pemvaksinan penduduk di sekitar Lembah Klang. - Foto Twitter/PPV Galaxy Mall
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.