Kumpulan bekas penjawat awam (G25) mengesyorkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan sebagai institusi yang bebas tanpa kawalan menteri.
Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim, berkata reformasi badan itu wajar dilaksanakan supaya SPRM mampu membanteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan.
"Kami mengesyorkan agar SPRM dijadikan satu badan bebas yang tanpa perlu membuat laporan kepada Jabatan Perdana Menteri ataupun tidak dikawal oleh mana-mana menteri dan terus bertanggungjawab kepada Parlimen.
"Oleh itu, kami mencadangkan Parlimen mewujudkan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjaga soal integriti dan ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di Menara Ilham di sini, pada Khamis.
Dalam pertemuan tersebut, katanya G25 antara lain turut menerangkan beberapa syor hasil laporan yang telah disediakan sebelum ini berkenaan perubahan institusi seperti Parlimen, kehakiman dan perkhidmatan awam.
G25 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan, memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara.
Terdahulu, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi yang berperanan membentangkan penemuan serta syornya kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang kemudian akan mengemukakan laporan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam perkembangan lain, G25 turut bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mencadangkan agar Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dimansuhkan.
BACA: Kaji semula Jakim, umat Islam jangan melatah - Pengarah IPDM
"Kami menyokong supaya peranan JAKIM dikaji semula dan sekiranya ada perubahan-perubahan yang perlu dibuat kami harap supaya pihak kerajaan harus membuat pindaan tentang peranannya dalam pentadbiran Islam,
"IKSIM pula wajar dimansuhkan kerana kami berpendapat peranannya masih malap serta pendekatan yang digunakan agak liberal dan ekstremis," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu May 31 2018

Mohd Sheriff berkata reformasi SPRM wajar dilaksanakan supaya badan itu mampu membanteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan. - BERNAMA/Fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia di Labuan.

Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.

Bekas pembantu tadbir ditahan, palsukan butiran syarikat lebih RM1.03 juta.
Suspek memalsukan butiran pemilikan tiga syarikatnya bernilai lebih kurang RM1.03 juta dari tahun 2016 hingga 2019.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah monarki beraja Thailand.

G25 syor SPRM jadi badan bebas
Kumpulan bekas penjawat awam (G25) mengesyorkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan sebagai institusi bebas tanpa kawalan menteri.