Sekumpulan penyelidik mendedahkan penemuan pertama fosil gigi dinosaur Ornithischia yang pertama di Malaysia.

Fosil dinosaur jenis herbivor itu ditemui di kawasan Taman Negara, Pahang, Disember tahun lalu.

Lima penyelidik terbabit dalam penemuan fosil gigi dinosaur itu iaitu dari Universiti Malaysia, Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto, Jepun.

Salah seorang penyelidik dari bahagian geologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Masatoshi Sone yakin penemuan itu akan membawa kepada penemuan fosil lain terutama tulang dinosaur.

fosil dinasaur
Penyelidik dari bahagian geologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Masatoshi Sone memberi keterangan mengenai fosil tersebut.

Fosil gigi dinosaur Ornithischia itu berukuran 13 milimeter panjang dan 10.5 milimeter lebar.

Ornithischia hidup antara seratus hingga seratus sepuluh juta tahun dan hanya memakan tumbuh-tumbuhan.

Beliau menjangkakan Malaysia akan menjadi tumpuan sainstis seluruh dunia selepas penemuan fosil ini.

Selain Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah turut menjadi lokasi tumpuan penyelidikan fosil dinosaur.

Sebelum ini, fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod ditemui di Pahang oleh kumpulan penyelidik yang sama tidak jauh daripada lokasi penemuan fosil terbaru ini.