Hari kedua akan menyaksikan majlis perasmian oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin dalam menyampaikan amanat beliau mengenai hala tuju inovasi negara.
Selain daripada sesi perbincangan, antara tarikan lain WIF-KL 2013 hari ini adalah sesi perkongsian pengamalam bersama mantan Presiden Sweden, Göran Persson tentang inovasi yang diaplikasikan di negara itu.
Dalam pada itu, WIF-KL turut akan membawa sesi makmal khas bagi peserta memikirkan penyelesaian inovatif dalam menangani isu-isu di Bandar selain pameran inovasi yang melibatkan kira-kira 200 booth.
Untuk perkembangan lanjut, klik video untuk melihat laporan bersama wartawan Astro AWANI Tan Su Lin.