Seakan-akan tahu ajalnya, atlet angkat berat orang kurang upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof sempat memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden kebakaran pada Sabtu.
Muhammad Ata, 28 tahun ditemui maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya, Muar terbakar tengahari tadi.
Namun sebelum insiden, Allahyarham sempat memuat naik status di laman Instagram dengan menulis ‘forgive me’ dengan latar belakang warna hitam.
Abangnya Mohd Akmal Maarof, 34 tahun berkata, adiknya sedang bercuti dan telah berada di rumah ibunya sejak Rabu lalu dan dijadual pulang semula ke ibu kota pada sebelah pagi tadi.
Ujarnya, kali terakhir dia bersua muka dengan adik bongsu dari lapan beradik itu ialah pada November lalu dan hanya sempat berbual di aplikasi WhatsApp pada sebelah malam tadi.
Jelas Mohd Akmal, dia pada mulanya tergamam apabila dimaklumkan adiknya meninggal dunia selepas kediaman ibunya terbakar memandangkan sepatutnya dia telah pulang semula ke rumah sewanya di Kuala Lumpur lebih awal.
BACA: Atlet angkat berat OKU, Muhammad Ata maut dalam kebakaran
“Dia punya status Instagram yang terakhir adalah 'forgive me’. Dia kadang-kala memang rajin juga keluarkan perkataan yang ‘pelik-pelik’ ni, tapi semalam agak pelik sikitlah. Memang hati saya nak jumpa dia sangat, nak tengok kereta.
“Nampk dia paksa sungguh-sungguh untuk saya keluarkan kereta tu. Kerana adik, tak apa saya keluarkan juga. Itu kali terakhir saya jumpa dia. Dia pun banyak diam, sebak juga saya,” katanya.
Tambah Mohd Akmal, ibu dan abangnya tinggal berdua di rumah berkenaan dan ketika kejadian Muhammad Ata berseorangan di rumah ekoran ibunya, Noriah Mohd Roslan, sedang menjalani kursus haji di Masjid Pagoh manakala abangnya keluar atas urusan kerja.
Jelasnya, sejak malam tadi hatinya tergerak untuk bertemu adik bongsunya dan berasa terkilan apabila gagal bertemu sebaliknya mendengar khabar duka itu.
Allahyarham Muhammad Ata merupakan pemenang pingat gangsa kategori 55 kilogram di Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 2018
Sementara itu, rakannya yang juga atlet paralimpik SUKMA mewakili negeri Johor, Muhammad Jauhari Turiman, 26 berkata, dia cukup terkesan akan kehilangan Muhammad Ata kerana mereka bersahabat baik dan sentiasa bersama-sama dalam setiap latihan.
Malah, mereka juga dijadual bersama-sama ke Johor Bahru pada minggu hadapan untuk menjalani latihan sebagai persediaan SUKMA 2020.
“Memang terasa sebab sebelum ni masa dekat Para SUKMA Perak, arwah dah sumbang satu pingat gangsa untuk powerlifting dan itu satu-satunya dapat naikkan apa nama sukan untuk Johor.
“Sepatutnya tahun ni dia pun ada, saya sepatutnya sama-sama dengan dia tapi sangat terkilanlah,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Helmy Halim Ali, 39 tahun yang merupakan rakan sekampung arwah juga berkongsi mereka baharu sahaja bertemu pada sebelah malam tadi.
Ujarnya, keakraban mereka mula terjalin sejak empat tahun lalu selepas Muhammad Ata berdepan kemalangan dan lumpuh.
Arwah juga sempat meluahkan hasratnya untuk kembali ke kampung dan mencari apa - apa pekerjaan sekaligus meninggalkan ibu kota.
“Kita orang kalau jumpa memang suka ‘bahan-bahan’, cuma dia punya mesra tu lain macam daripada sebelum ni, dia sempat belanja saya makan, itu last (kali terakhir).
“Dia kata dia nak cari kerja lain. Dia kata kalau ada kerja lain dia nak balik kampung nak duduk dekat kampung,” kata Mohd Helmy.
Dalam kejadian sekitar pukul 11.45 pagi itu, Muhammad Ata yang berada di bahagian dapur rumah berkenaan gagal menyelamatkan diri.
Allahyarham Muhammad Ata yang bekerja di Kuala Lumpur sedang bercuti selama lima hari.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dibawah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.
Mangsa dijadual dibawa ke Surau Taman Pagoh Jaya untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Jan 04 2020

Muhammad Ata, 28 tahun ditemui maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya, Muar terbakar tengahari tadi. - Gambar Facebook
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Jenazah atlet angkat berat OKU selamat dikebumi
Jenazah atlet angkat berat orang kurang upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof, yang maut akibat melecur dalam kebakaran selamat dikebumikan.

'Forgive me' status terakhir atlet angkat berat OKU, Muhammad Ata
Muhammad Ata Maarof sempat memuat naik status terakhirnya di Instagram story kira-kira enam jam sebelum insiden kebakaran pada Sabtu.