KUALA LUMPUR: Syarikat kesihatan terkemuka Forever Living Products meraikan ulang tahun ke-45 dengan tawaran pakej pemeriksaan kesihatan komprehensif pada harga serendah RM45.

Berlangsung sebulan dari 2 Mei hingga 31 Mei 2023, pakej ini direka khusus untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah proaktif dalam penjagaan kesihatan mereka.

Menurut Pengurus Jualan Kanan Malaysia, Singapura dan Brunei, JD Cheng, syarikat tersebut percaya setiap orang berhak untuk mendapat akses kepada pemeriksaan yang berpatutan.

“Ulang tahun ke-45 kami adalah peristiwa penting bagi Forever Living Products, dan kami sangat teruja untuk meraikannya bersama ahli Forever kami.

“Kami berharap tawaran ini akan membantu ahli Forever kami mengambil langkah pertama ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Bersempena dengan Hari Ibu dan Hari Bapa yang bakal kunjung tiba, pakej ini juga boleh menjadi hadiah yang sesuai untuk diberikan oleh anak-anak kepada mereka.

Tidak kira tua atau muda, pemeriksaan kesihatan adalah amat penting dalam memastikan setiap individu dapat mengenal pasti kondisi diri dan langkah proaktif dapat diambil untuk mencegah atau mengubati sebarang penyakit lebih awal sekiranya ada demi kualiti hidup yang lebih baik.

Preferred Customer dan Forever Business Owner (FBO) baharu dan sedia ada yang berminat boleh mengunjungi 33 cawangan pusat pemeriksaan terpilih di seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan.

Buat anda yang bukan ahli Forever tetapi berminat untuk mendapatkan pakej kesihatan ini boleh mendaftar sebagai ahli dan pelbagai faedah serta ganjaran lain turut menanti untuk anda nikmati.

Maklumat lanjut mengenai tawaran pakej pemeriksaan kesihatan ini boleh didapati menerusi Khidmat Pelanggan Forever Living Products Malaysia di talian 03-9282 0033 atau layari platform media sosial Forever Living Products Malaysia seperti berikut:

Facebook Forever Living Products Malaysia – HQ 

Instagram Forevermalaysiahq :


#Forever45Years

Forever Living Products menyambut ulang tahunnya yang ke-45 tahun ini.