KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik pengumuman kerajaan untuk melonggarkan peraturan pengambilan pekerja asing dan program rekalibrasi dilanjutkan di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin 2.0 (IIRP 2.0).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan menghapuskan prasyarat sedia ada termasuk kuota dan membenarkan pengambilan dijalankan berdasarkan kemampuan dan keperluan syarikat melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing,
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan, pada Selasa, berkata industri menyambut baik perhatian diberikan kerajaan terhadap keperluan buruh yang dibangkitkan oleh industri walaupun pelan itu adalah langkah sementara untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana mengiktiraf kepentingan dan peranan pekerja asing sebagai pelengkap dalam menyokong pemulihan ekonomi terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan yang berpanjangan ini, tahun 2023 dijangka sebagai tahun yang sukar kerana pertumbuhan global dijangka perlahan, inflasi global kekal tinggi dan jumlah dagangan kepada kontrak," katanya.
Beliau berkata program rekalibrasi dilanjutkan khusus untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (MRP) sehingga Disember 2023 adalah langkah baik kerana mereka yang layak untuk skim tersebut adalah pekerja berpengalaman dan terlatih sekali gus mengurangkan masa diperlukan untuk memberi mereka latihan atau dilatih semula oleh majikan baharu.
Bagaimanapun, beliau berkata FMM ingin mencadangkan supaya pelaksanaan IIRP 2.0 itu lebih sesuai diuruskan Jabatan Imigresen kerana ia akan menghapuskan kekeliruan dalam proses tersebut dan orang tengah yang cuba mengambil kesempatan daripada skim itu dengan menawarkan pekerja dengan bayaran.
Soh berkata berkata IIRP 2.0 juga harus memenuhi keperluan pekerja tanpa dokumen yang mahu pulang ke negara asal mereka tanpa disenarai hitam serta mereka dan diambil semula bekerja secara sah.
FMM juga mencadangkan agar kerajaan menyediakan repositori pekerja yang tersedia di pusat tahanan dan pekerja bagi majikan yang tidak dapat memperbaharui permit mereka atau menghantar mereka balik semasa pandemik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), justeru mereka yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin harus dipertimbangkan dimasukkan dalam skim tersebut, katanya.
Beliau juga berharap peraturan pengambilan pekerja asing yang sama dilonggarkan untuk memohon pengambilan semula pekerja tanpa dokumen.
Soh berkata keseluruhan proses itu juga harus dijalankan secara dalam talian termasuk memperkenalkan fleksibiliti pada mod pembayaran, ia akan membolehkan lebih ramai pekerja diproses melalui satu penyerahan permohonan kerana pada masa ini terdapat had pembayaran yang dikenakan untuk setiap pembayaran kad debit/kredit.
"Kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk menyemak semula caj kompaun dengan menurunkannya kepada RM900 sama seperti kadar untuk Program Penggajian dan Penempatan Semula yang dilaksanakan sebelum ini pada 2016 daripada RM1,500 yang dikenakan sekarang.
"Sementara itu prosedur dan syarat juga mesti dijelaskan kepada pihak kedutaan yang akan memudahkan pembaharuan atau pengeluaran pasport baharu bagi warganegara mereka yang mahu diambil bekerja semula secara sah," katanya.
Beliau berkata industri menyambut baik butiran mengenai Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan IIRP 2.0, FMM berharap ia akan dikeluarkan tidak lama lagi dan sebaik-baiknya menganjurkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk pemahaman dan tafsiran yang jelas mengenai prosedur baharu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Thian Lai berkata, FMM mencadangkan supaya pelaksanaan IIRP 2.0 diuruskan Jabatan Imigresen kerana ia akan menghapuskan kekeliruan dalam proses tersebut. - Gambar fail
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Sektor pembuatan bersedia untuk pertumbuhan separuh kedua 2024 - FMM
Soh berkata, pengeluar sedang bersiap sedia bagi memenuhi lonjakan permintaan di dalam dan luar negara, dibantu oleh peningkatan nilai ringgit.
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.