KUALA TERENGGANU: Tindakan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku bertajuk, ‘The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose’ telah mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam skandal terbesar negara ini.
Menerusi alasan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem mahkamah pada Selasa, Majistret, Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri berkata, berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa tohmahan Clare, 65, terhadap Sultanah Terengganu itu berunsur fitnah.
Menurutnya, ia boleh menyebabkan nama baik dan reputasi baginda tercemar kerana fitnah itu telah mengaitkan penglibatan Sultanah Nur Zahirah dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Ahli perniagaan kontroversi itu terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, tohmahan yang dilemparkan oleh warganegara Britain ini, mewujudkan persepsi tidak baik dan menjejaskan reputasi Sultanah Terengganu.
“Fitnah itu juga mencerminkan sikapnya yang tidak menghormati Institusi Diraja walhal Sultanah Terengganu berkedudukan istimewa dan dipandang tinggi oleh rakyat selaku permaisuri negeri itu.
“Naratif pendakwaan menyatakan, Sultanah Terengganu tidak pernah pada bila-bila masa terlibat secara langsung atau sebaliknya, dalam urusan pentadbiran kerajaan khususnya penubuhan TIA (Terengganu Investment Authority) atau mengenali, atau mempunyai hubungan dengan Jho Low,” katanya.
Beliau berkata, warganegara Britain itu juga tidak menghadiri perbicaraan di negara ini dan ini menggambarkan sikapnya yang tidak menghormati sistem perundangan negara walhal Perlembagaan secara jelas melindungi hak individu.
Disebabkan perbicaraan dijalankan secara `in absentia’ atau tanpa kehadiran tertuduh, beliau berkata, mahkamah tiada pilihan untuk mensabit dan menghukumnya.
Majistret ini berkata, reaksi Clare yang melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan setelah berkomunikasi dengan pegawai penyiasat dan hanya mewakilkan peguam bagi menfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menunjukkan tindak tanduknya dalam kes itu.
Menurutnya, Clare juga berani mengeluarkan kenyataan dalam berita di sebuah portal, menunjukkan dia mempunyai pengetahuan penuh dalam kes tersebut.
Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman penjara selama dua tahun terhadap Clare atas dakwaan memfitnah Sultanah Nur Zahirah.
Clare yang beralamat di United Kingdom (UK), didakwa melakukan perbuatan itu pada 8 pagi, 14 September 2018 di Taman Chendering Utama, di sini, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Clare merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dan Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan Khamis untuk pengurusan kes.
Pada 7 Mei lalu, Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani mengarahkan pengarang berkenaan hadir pada pengurusan kes rayuannya pada hari berkenaan.
Clare didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 23 September 2021 tanpa kehadirannya.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Jun tahun lalu menolak permohonannya untuk memindahkan kes ke sini.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 04 2024

Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa tohmahan Clare, terhadap Sultanah Terengganu itu berunsur fitnah. - Gambar fail/Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.

Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown fail rayuan keputusan penjara dua tahun
Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Rewcastle-Brown mohon tangguh prosiding, bicara kes saman Sultanah Nur Zahirah dilapangkan
Perbicaraan kes saman itu dilapangkan selepas editor Sarawak Report itu memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes berkenaan.

Polis sedang mengesan Clare Rewcastle-Brown
PDRM sedang mengesan pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk tujuan siasatan berkenaan pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Hadi bayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report - Anwar
Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai bukti berbentuk penyata bank bahawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Polis rakam keterangan Clare Rewcastle-Brown
Polis hari ini merakam keterangan daripada wartawan penyiasatan Clare Rewcastle-Brown berhubung satu saman yang difail Sultanah Terengganu, Sultanan Nur Zahirah.