KUALA LUMPUR:Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil langkah proaktif membanteras aktiviti pengedaran filem yang tidak mematuhi undang-undang melalui penubuhan Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak.
Finas menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu diambil bagi memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan, peraturan dan syarat lesen pengedaran selaras dengan peruntukan di bawah Akta Finas 1981 atau Akta 244.
"Finas ingin mengingatkan pemegang lesen pengedaran filem supaya menghentikan sebarang kegiatan itu dengan menjual, menyewa dan memberi pinjam melalui platform media sosial, e-dagang dan laman sesawang yang melibatkan urusan jual beli dan sewaan dalam talian tanpa lesen pengedaran yang sah, melakukan pelanggaran hak cipta serta syarat-syarat lesen yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Finas turut melaksanakan pemantauan terperinci terhadap aduan awam yang diterima mengenai kegiatan pengedaran filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
"Finas bersifat terbuka dan menyambut baik untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan dalam membanteras aktiviti pengedaran filem tanpa lesen sah serta tidak mematuhi undang-undang," menurut kenyataan itu.
Perbadanan itu juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran yang menyalahi undang-undang berdasarkan Seksyen 22(1) Akta Finas 1981 (Akta 244) dan jika disabit kesalahan boleh didenda di bawah Seksyen 25(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dan aduan berkaitan boleh diajukan melalui e-mel pembanteras@finas.my. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 26 2020
Menurut Finas, langkah itu diambil bagi memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan, peraturan dan syarat lesen pengedaran selaras dengan peruntukan di bawah Akta Finas 1981 atau Akta 244.
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Finas dan Perkeso bakal tandatangani MoU April nanti - Fahmi
Menurut Fahmi, aspek keselamatan sosial kepada pekerja belakang tabir syarikat-syarikat produksi kurang dibincangkan sebelum ini.
FINAS berhasrat jalin kerjasama dengan pemenang Oscar, Kartiki Gonsalves
Kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.
Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam
Hasil perbincangan Finas dan MAFE, terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi dapat kutipan pecah panggung.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.