KUALA LUMPUR: Dalam usaha pembangunan dan pendigitalan kandungan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membawakan sukan e-Sport di reruai Kementerian Komunikasi dan Digital sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di sini.
Berlangsung selama tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil yang berakhir hari ini, Penolong Pengarah Promosi FINAS Azrina Zainal Abidin berkata aktiviti e-Sport itu adalah program di bawah unit Mediatheque yang menguruskan Museum of Moving Images.
"Melalui e-Sport, kita bawakan permainan video X-box iaitu permainan boling secara maya menggunakan kaedah virtual reality (VR), yang bertujuan memberikan pengalaman kepada pengunjung mengenai dunia permainan secara maya, dan pembangunan kandungan kreatif," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagi yang berminat melihat bahan berkaitan bidang perfileman dan teknologi terkini, mereka juga boleh berkunjung di muzium berkenaan di FINAS Petaling Jaya, Selangor.
Selain itu, Azrina berkata FINAS turut membawakan dua pelakon popular, Naim Daniel dan Izzue Islam bagi sesi Temu Mesra pada program berkenaan.
"Kita turut menampilkan tayangan promosi enam filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang Disember ini iaitu Abang Adik, Syaitan Munafik, Syif Malam, The Lord Musang King, Sayu Yang Syukur dan Namatai: Kinabalu With Love," katanya.
Seorang pengunjung, Wong Leong Kit, 48, menyifatkan kesempatan bermain secara maya sebagai satu pengalaman baharu yang menyeronokkan.
"Biasanya saya hanya main permainan video alam maya, PlayStation dua dan tiga... belum pernah lagi bermain seperti ini," katanya.
Sementara itu di reruai sama, Digital Nasional Berhad (DNB) menawarkan pengalaman sebenar inisiatif pendidikan 5G bagi meningkatkan kesedaran masyarakat awam.
Pengurus 5G Experience Centre DNB Erika Hana Putri berkata ketersambungan 5G bukan hanya hanya membantu pengalaman belajar dengan lebih berkesan dan menarik bagi para pelajar, malah ia juga boleh memupuk pertumbuhan ekonomi.
"Pendidikan yang disampaikan dengan menggunakan peralatan alat realiti terimbuh (AR)/realiti maya (VR) membantu pelajar memahami subjek pembelajaran dengan lebih baik, dengan menghidupkan konsep teori.. AR/VR juga boleh digunakan untuk melatih guru," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
![FINAS promosi teknologi digital menerusi e-Sport FINAS promosi teknologi digital menerusi e-Sport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677232936_Finas.jpg)
FINAS turut membawakan dua pelakon popular, Naim Daniel dan Izzue Islam bagi sesi Temu Mesra pada program berkenaan.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.
![Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194805_TBabangadik.jpg)
Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.
![Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33 Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51732983312_TBFinas.jpg)
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
![FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732292570_TBFAHMIFFM.jpg)
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
![Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732007176_FahmiFadzil.jpg)
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
![FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727924372_FahmiFadzilmenter.jpg)
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
![Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727911313_diliinternationalf.jpg)
Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.
![FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
![FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
![FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713875411_FahmiFadzil.jpg)
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.