KUALA LUMPUR:Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) digesa menyenaraikan semua syarikat yang menerima geran atau dana peruntukan daripada pihaknya bagi menangani isu penyelewengan dalam kalangan pemain industri perfileman.
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) Datuk Jurey Latiff Rosli yang membuat gesaan itu berkata senarai berkenaan juga perlu dimaklumkan secara terbuka di laman web Finas secara terperinci bagi tujuan semakan dan mengenal pasti syarikat produksi atau penggiat seni yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
"Penerima dan syarikat yang gagal perlu didakwa di mahkamah serta dituntut membayar balik jumlah geran yang diperolehi dan tindakan yang sama perlu diambil terhadap individu yang bertanggungjawab dalam setiap projek yang bermasalah sama ada beliau pengarah syarikat atau rakan kongsi atau seumpamanya.
"PTVM sedia bekerjasama dengan Finas untuk menyenarai hitam keahlian, sama ada syarikat produksi atau individu (penggiat seni), sekiranya didapati mereka tidak bertanggungjawab setelah diberi peluang menerima geran Finas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Jurey Latiff berkata satu sistem pengredan juga perlu dilaksanakan bagi mengukur pengalaman dan keupayaan syarikat penerbitan dalam menghasilkan filem yang dijanjikan.
Selain itu beliau juga mencadangkan agar dana penerbitan untuk program televisyen hanya boleh diberi setelah syarikat menunjuk surat persetujuan dari mana-mana penyiar tempatan untuk menyiarkan program yang dirancang.
Baru-baru ini, Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata RM30 juta dana filem telah diseleweng oleh beberapa pemain industri demi kepentingan peribadi dan mereka didapati gagal menghasilkan filem kenegaraan seperti yang dijanjikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020

Satu sistem pengredan juga perlu dilaksanakan bagi mengukur pengalaman dan keupayaan syarikat penerbitan dalam menghasilkan filem yang dijanjikan. -Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Pulau Pinang jadi destinasi perkahwinan, MICE masyarakat selatan India
Pulau Pinang pantas berkembang sebagai destinasi popular untuk perkahwinan serta penganjuran mesyuarat, insentif, MICE, menarik kehadiran pelancong India terutamanya dari selatan negara itu.

Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan di negara ini pada tahun lalu membuatkan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.

Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.

FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.