Agensi-agensi kerajaan Filipina telah diingatkan supaya tidak merujuk kepada Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia.

The Philippine Star melaporkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Negara (DFA) negara itu.

Jurucakap jabatan itu Raul Hernandez berkata sebuah surat pekeliling yang tidak dipinda mengenai perkara itu masih wujud.

Hernandez merujuk kepada Pekeliling Memorandum 162 yang bertarikh 20 Ogos 2008 yang dikeluarkan oleh kerajaan bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo.

Pekeliling yang bertajuk "Garis Panduan tentang perkara-perkara berkaitan Borneo Utara (Sabah)" menyatakan bahawa tiada jabatan, agensi, atau perantara Kerajaan Filipina harus membuat apa-apa perbuatan atau kenyataan atau membayangkan, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa pengiktirafan kedaulatan sebuah negara asing ke atas Borneo Utara (Sabah) atau tidak mengiktiraf Filipina sebagai pemilik sah Sabah melalui sejarah atau undang-undang.

Seksyen 3 pekeliling itu memperuntukkan bahawa rujukan kepada Borneo Utara (Sabah) dalam dokumen rasmi tidak harus merangkumi bahagian di mana ia adalah sebahagian daripada sebuah wilayah atau negara yang lebih, menurut laporan the Philippine Star.

Pada 12 Feb, individual yang mengelar dirinya sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar tenteranya untuk menyerbu pantai timur Sabah untuk ‘menuntut’ semula wilayah itu.