KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan 'Field ICU' yang dikhaskan bagi merawat pesakit kritikal di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ia berikutan faktor peningkatan kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 di hospital-hospital Pulau Pinang yang telah mencecah lebih daripada 100 peratus.
KKM turut mendapati trend kemasukan pesakit ke ICU di Pulau Pinang meningkat lebih 45 peratus untuk tempoh dua minggu kebelakangan ini dan trend itu dijangka berterusan khususnya apabila wujud kluster-kluster baharu melibatkan rumah jagaan warga emas dan lain-lain.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata pagi tadi beliau berkesempatan mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk sesi 'Dry Run Field ICU' yang akan didirikan di Hospital Kepala Batas.
Selepas selesai sesi berkenaan, beliau berkata Pengarah Perubatan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)-Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Mej Jen Datuk Dr Mohammad Amirrudin Hamdan menjalankan satu sesi taklimat sebagai persediaan melancarkan proses pembinaan 'Field ICU'.
Dr Noor Hisham berkata sesi itu turut disertai delegasi KKM daripada Program Perubatan dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan bagi melancarkan proses pembinaan 'Field ICU' berkenaan.
'Field ICU' yang bakal didirikan di Hospital Kepala Batas akan menggunakan konsep modular yang mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan serta peralatan 'life support' lain.
"Selain itu, Angkatan Tentera Malaysia juga akan mendirikan makmal modular dan unit radiologi modular bagi memberikan kemudahan perkhidmatan sokongan klinikal kepada pesakit-pesakit kritikal yang ditempatkan di 'Field ICU' ini," katanya di laman Facebook beliau hari ini.
Beliau turut menyampaikan penghargaan serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan dan seluruh warga Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan atas kerjasama yang diberi kepada KKM untuk membina 'Field ICU' di Hospital Kepala Batas.
"Semoga segala usaha ini dapat membantu Kementerian Kesihatan dalam memastikan rawatan yang terbaik diberikan kepada pesakit-pesakit kritikal COVID-19 di Kepala Batas dan kawasan sekitarnya, seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021
Dr Noor Hisham berkata ia berikutan faktor peningkatan kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 di hospital-hospital Pulau Pinang yang telah mencecah lebih daripada 100 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja sertai pasukan pembelaan
Muhyiddin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King's Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya.
Joseph perjelas maksud jalan pertanian, jalan jelapang
Timbalan Menteri KPKM Datuk Arthur Kurup memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Madius Tangau yang beranggapan takrifan jalan perta nian hanya merujuk kepada jalan jelapang
RM15.5 juta diperuntukan kepada Sabah bagi menyelenggara, naik taraf jalan pertanian
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata sebanyak RM15,500,000 telah diperuntukkan kepada Sabah bagi menyelenggara dan menaik taraf jalan pertanian yang meliputi kawasan dalam jelapang dan luar jelapang.
JKR Sarawak rancang bina jalan bertingkat di kawasan gambut
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sedang meneliti kos pelaksanaan pembinaan jalan bertingkat di kawasan tanah gambut melibatkan jajaran jalan pesisir dan jalan utama kedua Sarawak.
Sabah, Sarawak catat liputan air terawat rendah
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendedahkan Labuan mencapai tahap liputan bekalan air terawat seratus peratus sementara Sabah dan Sarawak antara yang terendah dengan masing masing sekadar mencapai tahap 81 peratus dan 83.6 peratus.
Lebih 2,000 pek pelbagai bentuk disalurkan kepada mangsa banjir
Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di ITCC, Penampang menghantar lebih 2,000 pek bantuan dalam pelbagai bentuk kepada mangsa banjir di Penampang.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, kemudahan ini ditawarkan membabitkan empat daerah termasuk Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.
Tegas dan pantas atasi isu semasa di Sabah - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan beliau tidak mahu isu-isu semasa menjadi lebih besar hingga menjejaskan reputasi negeri itu dan Malaysia.
Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN
Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat.
Indonesia ikrar sokong penuh kepengerusian ASEAN oleh Malaysia
Retno Marsudi menyatakan harapan bahawa Malaysia akan meneruskan pendekatan inklusif yang dilaksanakan oleh Indonesia.
'Field ICU' perlu diwujudkan di Hospital Kepala Batas - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan 'Field ICU' yang dikhaskan bagi merawat pesakit kritikal di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.