KEPALA BATAS: Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mahu mewujudkan Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang bagi merawat pesakit kritikal di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya maklum mengenai penggunaan katil ICU COVID-19 yang kini mencecah lebih daripada 100 peratus.
Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
Dalam masa sama, Jagdeep berkata, kerajaan negeri juga bersedia untuk menerima baki bekalan vaksin COVID-19.
Jelasnya, setakat ini 200 klinik sedia memberikan perkhidmatan percuma bagi pemberian vaksin untuk membantu mengawal penularan wabak COVID-19.
Jagdeep berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai keperluan mendesak bagi 'Field ICU' di Hospital Kepala Batas
Terdahulu, Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad berpandangan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan 'Field ICU' yang dikhaskan bagi merawat pesakit kritikal di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.
Ia berikutan faktor peningkatan kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 di hospital-hospital Pulau Pinang yang telah mencecah lebih daripada 100 peratus.
Field ICU' yang bakal didirikan di Hospital Kepala Batas akan menggunakan konsep modular yang mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan serta peralatan 'life support' lain.
Selain itu, Angkatan Tentera Malaysia juga akan mendirikan makmal modular dan unit radiologi modular bagi memberikan kemudahan perkhidmatan sokongan klinikal kepada pesakit-pesakit kritikal yang ditempatkan di 'Field ICU' itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon May 17 2021

Kerajaan Pulau Pinang memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada KKM yang mahu mewujudkan Field ICU di Hospital Kepala Batas bagi merawat pesakit kritikal di negeri itu. - Astro AWANI
LKAN 1/2025: Setiap syarikat subsidiari mesti ada sistem pengurusan risiko - Penganalisis
Susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata setiap syarikat subsidiari kerajaan perlu wujudkan sistem pengurusan risiko yang mengikut piawaian industri. Manakala, Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berpandangan risiko-risiko yang dihadapi oleh syarikat-syarikat berkenaan perlu diambil kira dalam penilaian prestasi. #AgendaAWANI
#AWANI Tonight 25 Feb 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. A new search for MH370 has begun in Indian Ocean
2. A closer look at US President Trump's pivot to Putin
#AWANIEnglish #AWANINews
1. A new search for MH370 has begun in Indian Ocean
2. A closer look at US President Trump's pivot to Putin
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Urban Sustainability — Building Low Carbon Cities
Cities are responsible for over 70% of global greenhouse gas emissions, making urban sustainability a crucial battleground in the fight against climate change. In Malaysia, the push for low-carbon cities has been gaining traction through the Low Carbon Cities Framework and the Low Carbon Cities 2030 Challenge. With the upcoming Low Carbon Cities Awards, we look at where Malaysia stands in its goal to turn our cities into true climate leaders. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Norhasliza Mokhtar, Senior Director of the Climate Action Division of the Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.
AWANI Tonight: A look at Trump’s pivot to Putin
The U.S. voting alongside Russia and breaking from European allies is a rare occurrence in recent times. Taylor’s University’s Julia Roknifard examines this move and the risks of ASEAN facing pressure to take sides.
AWANI Tonight: MH370: 11 years on, new search begins for missing plane
A new search for Malaysia Airlines Flight MH370, which disappeared 11 years ago, has commenced in the Indian Ocean.

Kapasiti penggunaan industri pembuatan tujuh negeri melepasi kadar nasional 81.9 peratus
Sebanyak tujuh negeri melepasi kapasiti penggunaan industri pembuatan bagi kadar nasional pada 81.9 peratus bagi suku keempat 2024 berbanding 79.9 peratus untun tempoh sama pada 2023.
LKAN 1/2025: Laksana digitalisasi penjejakan dana awam, luluskan Akta Perolehan Kerajaan segera - Penganalisis
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata sistem penjejakan dana awam yang dibelanjakan agensi-agensi kerajaan secara digital mesti dilaksanakan bagi menangani kerugian yang dilaporkan. Manakala, Prof. Madya Sekolah Politik dan Hubungan Antarabangsa Fakulti Sains Sosial University of Nottingham Malaysia, Dr. Tricia Yeoh menegaskan Akta Perolehan Kerajaan perlu diluluskan oleh parlimen dengan segera. #AgendaAWANI

Malaysia guna pakai Undang-Undang Seragam UNCITRAL perkukuh rangka kerja kebangkrapan - Azalina
Malaysia mengguna pakai Undang-Undang Seragam (Model Law) mengenai Insolvensi Rentas Sempadan Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL).

'Field ICU' perlu diwujudkan di Hospital Kepala Batas - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan 'Field ICU' yang dikhaskan bagi merawat pesakit kritikal di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.