GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu penjelasan daripada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berhubung status terkini perkhidmatan Feri di negeri itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan memberi masa kepada kedua-dua pihak untuk mendapatkan gambaran jelas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Katanya, pengurusan PPSB dan SPPP mengakui terkejut dengan pengumuman Menteri Kewangan semalam yang mahu operasi feri dikekalkan dan diteruskan.
"Apa yang saya baca dalam akhbar mereka memang terkejut dengan apa yang diumumkan oleh Menteri Kewangan sebab saya percaya mengikut apa yang mereka lapor dalam taklimat kepada Exco Kerajaan Negeri memang itu bukan dalam perancangan mereka.
"Jadi saya rasa kita perlu berikan masa kepada pengurusan PPSB untuk mendapat arahan selanjutnya sama ada daripada MOT dan MOF, sama ada pelan interim, yang mereka rancangkan itu masih berjalan seperti biasa atau tidak itu perlu dijawab oleh PPSB," kata Chow.
Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Komtar, di sini, semalam.
Ditanya berkenaan kekeliruan yang timbul itu, beliau berkata, pihaknya tidak mengetahui perkara yang dibincangkan di peringkat Kerajaan Pusat, namun bagi pihak kerajaan negeri tetap dengan pendirian supaya perkhidmatan feri ikonik dan warisan berkenaan perlu dikekalkan.
Justeru, menurut Chow, persoalan berhubung isu perkhidmatan feri perlu diajukan kepada pihak berkaitan dan beliau berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara terbaik.
Pada Khamis, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kepada Dewan Rakyat, PPSB akan ‘disyaratkan’ untuk meneruskan perkhidmatan feri yang menjadi ikonik dan warisan di Pulau Pinang buat masa ini.
Bagaimanapun, pengumuman itu menimbulkan persoalan kerana dilihat tidak selari dengan pelan penambahbaikan perkhidmatan feri yang diumumkan SPPP sebelumnya.
SPPP pada Selasa berkata, perkhidmatan feri sedia ada akan ditamatkan bermula 1 Januari depan dan kenderaan empat roda tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.
Bermula tarikh sama juga, feri ikonik sedia ada hanya boleh digunakan penunggang basikal dan motosikal manakala bot laju akan digunakan penumpang individu.
Pelaksanaan perkhidmatan feri baharu itu akan berjalan sepanjang tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum katamaran atau teksi air digunakan sepenuhnya dengan feri ikonik sedia ada akan dijadikan muzium dan restoran terapung.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Dec 19 2020
![Feri Pulau Pinang: Kerajaan negeri masih tunggu penjelasan - Chow Feri Pulau Pinang: Kerajaan negeri masih tunggu penjelasan - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608045948_feripulaupinang.jpg)
Kenderaan memenuhi sebuah feri untuk menyeberang tanah besar Pulau Pinang di George Town, 15 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734247308_TBFeriLangkawi.jpg)
Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.
![SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734797077_FERIPULAUPINANG.jpg)
SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.
![Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726549335_tboperasiferidihe.jpg)
Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.
![Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705117516_PATIFERI.jpg)
Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.
![Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702046378_majlisprapelancara.jpg)
Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.
![Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700789462_TBGELEMBUNGPELANC.jpg)
Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.
![Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695125161_AnthonyLoke.jpg)
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.
![Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691374127_feri.jpg)
Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.
![Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688809988_AnthonyLoke.jpg)
Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.
![Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686659084_feri.jpg)
Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.