MELAKA: Syawal kali ini amat bermakna buat Mas Rika Sukemi, 44, yang akhirnya dapat bertemu anak sulungnya Syafiq Aditya Ababil, 22, selepas tiga tahun, ekoran penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19.
Beliau yang menetap di Kampung Melayu Subang berkata mereka sekeluarga amat bersyukur apabila mengetahui mengenai pengoperasian semula perkhidmatan feri dari Dumai, Indonesia ke Melaka bermula Khamis.
Mas Rika berkata sebelum pandemik, anaknya yang menetap di Dumai bersama datuknya sering ke Malaysia namun sejak penutupan sempadan antara kedua-dua negara itu mereka hanya berhubung menerusi panggilan video.
"Rasa sangat teruja dan kami juga telah menyediakan pelbagai juadah seperti lemang, ketupat palas, rendang dan sebagainya untuk menyambut kepulangannya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Terdahulu seramai 175 orang penumpang dari Dumai yang menaiki perkhidmatan Feri Indomal Kingdom selamat tiba pada pukul 12.30 tengah hari di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Laksamana.
Ketibaan mereka disambut Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Sementara itu, Helda Anna Ibrahim, 61, dari Dumai berkata pengoperasian semula feri itu membolehkannya untuk berulang alik ke Melaka bagi mendapatkan semula rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di sini.
Bekas guru itu berkata sebelum ini dia telah menjalani rawatan serta pembedahan di Melaka, bagaimanapun sepanjang tempoh penutupan sempadan beliau tidak dapat melakukan pemeriksaan kesihatan susulan.
Sementara itu Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri menyasarkan kedatangan seramai satu juta pelancong dari Indonesia sehingga akhir tahun ini, selain akan terus mempergiat promosi pelancongan di negara jiran itu.
Katanya pelancongan kesihatan adalah antara yang menjadi tumpuan utama kemasukan pengunjung ke Melaka yang ingin mendapatkan rawatan di empat hospital swasta di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Mas Rika (kanan) ditemani suami Siyatno (kiri) memeluk anak sulungnya Syafiq Aditya Ababil yang tiba di Kompleks ICQS Kota Laksamana. -Bernama
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Feri Melaka-Dumai kembali beroperasi, ibu gembira bertemu anak selepas 3 tahun
Mereka sekeluarga amat bersyukur apabila mengetahui mengenai pengoperasian semula perkhidmatan feri dari Dumai, Indonesia ke Melaka bermula Khamis.