BUTTERWORTH: Hasrat penduduk negeri ini untuk melihat feri ikonik Pulau Pinang kembali beroperasi mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Ia berikutan struktur kedua-dua terminal feri di bahagian pulau dan tanah besar dikatakan telah dimusnahkan oleh pihak pengurusan feri terbabit selepas perkhidmatannya dihentikan sejak tiga tahun lalu.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan feri ikonik itu ke perairan negeri ini mungkin tidak kesampaian berikutan tindakan merobohkan terminal feri berkenaan.
"Asalnya kita ingat, lepas jadi kerajaan kita mahu kembalikan feri bersejarah ini untuk digunakan dengan kos baik pulih tidak sampai RM30 juta.
"Tapi masalahnya sekarang sekiranya kita baik pulih pun tak guna juga kerana pentadbiran dahulu selepas menamatkan khidmat feri ini, mereka hancurkan juga terminal...saya pun tak tahu apa niatnya mereka hancurkan terminal itu," katanya di sini, pada Sabtu.
Beliau ditemui media selepas melancarkan perkhidmatan bas RapidPenang Bagan Dalam LOOP yang diadakan di hadapan pejabat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam.
Guan Eng berkata, hasrat untuk mengembalikan kegemilangan feri bersejarah itu juga pernah disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan bukan sahaja mempunyai nilai sejarah yang tinggi malah menjadi antara pengangkutan penting menghubungkan bahagian tanah besar dan pulau.
Jelasnya, Perdana Menteri juga terkenang nostalgia dahulu semasa menaiki feri ikonik Pulau Pinang yang bukan sahaja boleh membawa penumpang pejalan kaki malah membawa kenderaan menyeberangi laut
"Bila terminal dah hancur, ke mana feri-feri ini nak berlabuh?
"Kenapa dia hancurkan terminal..ini saya tak tau..kena tanya dulu punya orang," katanya
Pada Mac lalu, Kerajaan Persekutuan dilaporkan akan mempertimbangkan untuk mengembalikan semula operasi feri ikonik ke Pulau Pinang yang dihentikan sejak 31 Disember 2020.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu tidak boleh dijalankan dalam kadar segera kerana ia perlu menghadapi banyak cabaran antaranya isu pengubahsuaian terminal feri.
"Operasi feri ikonik itu tidak boleh dikembalikan segera dan perlu mengambil masa memandangkan banyak cabaran terpaksa dihadapi dari sudut operasi untuk mengembalikan segera perkhidmatan ini disebabkan terminal lama sudah diubah suai untuk feri baharu yang hanya dapat membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal.
"Kita juga perlu perhalusi adalah projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan tanah besar ketika ini yang tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik melibatkan pergerakan kenderaan empat roda," katanya.
Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ikonik feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau dan sebaliknya telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Sebelum ini, SPPP mengumumkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari 2021 mana, feri Ro-Ro hanya untuk kegunaan motosikal dan basikal sahaja.
Ini bermakna, kesemua kenderaan empat tayar tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya.
Bermula tarikh itu juga, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada daripada Prasarana Malaysia Berhad.
PPSB juga akan menyediakan perkhidmatan katamaran untuk penumpang, motosikal dan basikal bagi menggantikan feri sebelum ini.
Bagaimanapun, bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP akan menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina.
Dua feri tersebut akan diubahsuai sebagai restoran dan muzium terapung yang mana, kedua-duanya tidak akan bergerak, hanya diletakkan di Tanjung City Marina sahaja. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 01 2023
Terminal feri dikatakan telah dirobohkan selepas perkhidmatan feri itu dibentikan sejak tiga tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri
Polis Pulau Pinang hari ini menafikan mengeluarkan amaran menghalang bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada menaiki perkhidmatan feri yang tidak lagi akan membawa kenderaan empat roda bermula esok.
Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.
Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.
Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju
Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.
Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa projek menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.
Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.
Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan harga tiket feri dilihat bakal menyusahkan rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan di negeri itu.
Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.