KUALA LUMPUR: Fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini bukan sahaja membataskan aktiviti harian masyarakat malah turut menjejaskan hasil golongan petani dan pekebun getah terutamanya di kawasan Jempol di Negeri Sembilan dan Padang Terap di Kedah yang sebelum ini dilaporkan merekodkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga).
Pekebun getah di Jempol, Jamal Borhan, 52, berkata cuaca panas ketika ini menyebabkan daun pokok getah banyak gugur dan susu getah berkurangan hingga mempengaruhi pengeluaran hasil sekali gus menjejaskan pendapatannya.
"Kalau dahulu boleh dapat dalam 100 ke 200 kilogram getah seminggu tetapi sekarang berkurang hampir separuh. Biasanya kalau toreh awal pagi, boleh dapat susu yang agak banyak tapi sekarang tidak, hanya dapat sikit sahaja.
"Hasil jualan diterima merosot 40 hingga 50 peratus akibat cuaca panas sejak beberapa minggu lepas sehingga turut menjejaskan pendapatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Jamal berkata dia sebelum ini mampu memperoleh pendapatan sekitar RM800 hingga RM900 seminggu daripada kebun getahnya yang berkeluasan 1.2 hektar, namun kini hanya meraih RM500 akibat keadaan cuaca panas yang disifatkan luar biasa.
Sementara itu, pekebun sayur di Felda Palong 15, Norzila Borhan, 58, pula mengakui kuantiti dan kualiti tanaman sayur-sayurannya termasuk cili, sawi dan terung turut terjejas akibat cuaca panas ketika ini.
"Bila cuaca panas, sayur mula bermasalah, banyak tidak 'menjadi' kerana ada sayur yang tahan panas ada tak tahan, saya lihat pokok kurang cantik, daun cepat kuning dan sebagainya, memang selalu kena siram.
"Tanaman saya bukanlah berskala besar, hanya kebun di sekitar rumah dan jualan tempatan tapi saya boleh lihat perbezaan jumlah dan kualiti dihasilkan. Kalau sebelum ini diuji dengan banjir yang turut musnahkan tanaman, kini cuaca panas pula," katanya.
Di KEDAH, penduduk di Padang Terap menyifatkan cuaca panas di daerah itu ketika ini sebagai 'panas melampau' terutama pada waktu tengah hari, berbanding yang pernah dialami tahun-tahun sebelum ini.
Muhd Fikri Badarudin, 35, berkata sejak beberapa minggu lepas keadaan terik dan bahang matahari amat dirasai sehingga membataskan aktiviti luar.
"Kalau tengah hari panasnya lain macam, Alhamdulillah sekarang ada hujan sikit kadang-kadang pada sebelah petang, dapatlah kurangkan bahang namun keadaan tetap panas.
"Kalau pada bulan Ramadan sebelum ini, memang terasa sikit sebab kita berpuasa, tapi sekarang kesan kurang sikit sebab boleh minum air, tapi panas dan bahang memang terasa sangat di Padang Terap ini," katanya.
Walaupun berhadapan keadaan itu, Muhd Fikri yang bekerja sendiri berkata penduduk masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa termasuk aktiviti rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri yang masih diadakan ketika ini.
Seorang lagi penduduk, Mohd Yuszairi Mad Hidin, 42, berkata keadaan cuaca panas di Padang Terap dilihat agak berisiko bagi golongan warga emas dan kanak-kanak.
"Kalau kanak-kanak saya tengok kurang sikit main-main kat taman (permainan). Kesedaran ibu bapa pentinglah untuk pantau anak-anak mereka ketika musim panas ni bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit dan setakat ini status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap dan Jempol.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
![Fenomena cuaca panas turut jejas hasil petani, pekebun getah Fenomena cuaca panas turut jejas hasil petani, pekebun getah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631436302_TBPENOREHGETAH.jpg)
Fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini bukan sahaja membataskan aktiviti harian masyarakat malah turut menjejaskan hasil golongan petani dan pekebun getah. - Gambar hiasan
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Empat hektar sawit terbakar akibat cuaca panas Empat hektar sawit terbakar akibat cuaca panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550222436_LADANGSAWITTERBAKAR.jpg)
Empat hektar sawit terbakar akibat cuaca panas
Operasi pemadaman diteruskan hari ini bagi mengawal api yang dipercayai merebak dari dalam tanah gambut.