SHAH ALAM: Fenomena air pasang besar yang memasuki hari ketiga bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal pada Selasa.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan masih terkawal kerana cuaca baik.
"Paras air laut di perkampungan nelayan dan Pelabuhan Klang adalah 5.4 meter seperti mana laporan Jabatan Meteologi sebelum ini, namun keadaan terkawal kerana tidak hujan.
"Ada lokasi-lokasi yang berlaku limpahan air tetapi tidak ada pemindahan dan air limpahan ini juga dijangka surut dalam tempoh singkat," katanya kepada Sinar Harian.
Norazam berkata, sebanyak 10 Balai Bomba dan Penyelamat di daerah Klang dan Kuala Selangor sudah digerakkan untuk menjalankan pemantauan di kawasan terbabit.
"Ia melibatkan kira-kira 100 anggota yang juga bersiap siaga bagi pemindahan mangsa jika berlaku bencana banjir sepanjang fenomena air pasang besar ini melanda," katanya.
Sementara itu, media sebelum ini melaporkan sebanyak 62 lokaliti di Klang dikenal pasti berisiko banjir ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku selama tujuh hari bermula pada Ahad.
Antara 62 lokaliti itu ialah Taman Sentosa, Taman Sri Muda, Kg. Johan Setia, Jalan Kebun, Kampung. Jalan Benteng, Jalan Hamzah Alang @Pekan Meru, Kampung Jawa, Kampung Bukit Naga, Kawasan Sementa, Taman Klang Utama, Taman Chi Liung dan Kampung Jalan Kenangan.
Turut dikenal pasti berisiko banjir ialah Kawasan Tol Sungai Rasau, Jalan Tunku Kelana, Jalan Pasar Klang, Kampung Haji Shariff Meru, Taman Berkerley, Kawasan Taman Rashna/ Tugu Keris, Jalan Chempaka, Meru, Bukit Kemuning, Bukit Kapar/ Jalan Sekolah, Jalan Kerayong, Taman Petaling Indah, Kampung Telok Gong, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah, Jalan Kebun Nenas, Taman Melawis @Taman Teluk Pulai dan Kampung Delek
Selain itu, kawasan berisiko banjir ialah Bandar Puteri, Kampung Air Kuning, Sungai Kapar Indah, Kampung Tradisi, Pendamar, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Batu 3 Lama, Jalan Dato Yusuf Sahabudin, Taman Telok Gadong Indah, Taman Selat Damai, Pandamaran, Taman Seri, Taman Daya Meru, Jalan Teratai Meru, Taman Saujana Sejati, Jalan Keledang Meru dan Jalan Kem Pelabuhan Klang.
Turut terlibat Taman Setia, Taman Klang Jaya, Mutiara Bukit Raja, Jalan Bakti Kampung Batu 3, Taman Berkat Meru, Jalan Batai Laut Bukit Raja, Taman Intan, Jalan Kampung India Perepat, Taman Bayu Perdana, Batu 8 Bukit Kemuning, Taman Seah Hong, Taman Intan Kapar, Taman Kapar Indah, Taman Alam Nyata, Taman Meru Utama, Pantai Baru, Jalan Meru, Taman Meru Murni, Jalan Bukit Rimau dan Taman Bunga Raya Seksyen 30.
Dalam pada itu, daripada jumlah itu, sebanyak tiga lokaliti yang dikenal pasti paling berisiko tinggi banjir termasuk Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Telok Gong, Pelabuhan Klang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 13 2022
![Fenomena air pasang besar terkawal Fenomena air pasang besar terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663040773_AirPasangBesar.jpg)
Fenomena air pasang besar bagi kawasan sekitar Klang dan Kuala Selangor masih terkawal. - Foto Sinar Harian
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705292847_TBairpasangbesar.jpg)
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
![Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705204509_Ombakbesar.jpg)
Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada
Orang ramai terutama penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada Ahad dan Isnin.
![Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705135617_airpasangbesar.jpg)
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
![Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687742315_airpasang.jpg)
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, ia akan menyebabkan banjir yang berlaku pada masa akan datang lebih buruk.
![Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698561577_airpasang.jpg)
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
![4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar 4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693637594_selangor.jpg)
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
![Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675734813_penyukarah.jpg)
Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang
Penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari.
![Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672111011_TBMUHAMMADSYAZWANLA.jpg)
Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh
Seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
![Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672044770_KampungForest.jpg)
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
![Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672032906_TBtanjungpiai.jpg)
Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.