CHUKAI: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memperuntukkan RM5 juta, bagi membantu warga peneroka yang terkesan dengan bencana terutamanya banjir pada tahun ini.
Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata peruntukan itu, meliputi perancangan menaik taraf 80 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menampung 27,000 mangsa di 26 rancangan berisiko tinggi dilanda banjir.
"Kerja-kerja yang dijalankan termasuk pembaikan paip, pemasangan tangki air tambahan, sewaan genenator serta kerja-kerja pembersihan am.
"Kerja menaik taraf ini penting, bagi memberikan keselesaan kepada warga peneroka yang terlibat dengan musibah banjir sepanjang tempoh pemindahan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Felda Siap Siaga 2023 peringkat kebangsaan di Felda Seberang Tayor, di sini hari ini.
Ahmad Shabery berkata Felda turut menyediakan 2,000 unit kit kesiapsiagaan banjir bagi kegunaan sebelum, semasa dan selepas banjir, yang mengandungi antaranya beg kalis air 10 liter, lampu suluh pelbagai guna, selipar getah dan barangan asas kebersihan diri.
"Bagi meningkatkan kesiapsiagaan warga Felda menghadapi banjir, kita juga turut menyediakan latihan kepada petugas sukarelawan, terdiri daripada Jawatankuasa Banjir Peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan, pengurus dan petugas rancangan serta badan bukan kerajaan (NGO) Felda," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Felda telah mengenal pasti 60 kawasan rancangan yang berisiko dilanda banjir kali ini, dengan 26 di antaranya dikelaskan sebagai kerap terkesan banjir.
"...yang perlu diberi perhatian bila tiba musim tengkujuh dan ia perlu digerakkan dengan keperluan kepada koordinasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul," katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia pada 6 Nov mengeluarkan kenyataan monsun timur laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada hari ini dan berterusan hingga Mac depan, dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Ahmad Shabery berkata Felda turut menyediakan 2,000 unit kit kesiapsiagaan banjir bagi kegunaan sebelum, semasa dan selepas banjir. - Gambar hiasan
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.