TANAH MERAH: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membentangkan kertas cadangan untuk membantu menangani krisis makanan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata langkah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama-sama membantu menangani krisis makanan.
"Felda sudah mempunyai cadangan, insya-Allah saya akan bentangkan kepada Kabinet mengenai cadangan mereka (Felda) untuk membantu kerajaan dalam menangani krisis bekalan makanan khususnya dalam aspek menanam tanaman yang diperlukan untuk membuat makanan untuk haiwan ternakan.
"Kertas kerja sudah disediakan, ada beberapa perkara yang diberi tumpuan dalam isu ini," katanya kepada Bernama selepas Majis Perasmian Mesin Juruwang Automatik (ATM) di Felda Kemahang 1, di sini hari ini.
Sementara itu, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang menjalankan kajian tentang modal pembangunan tanah Felda untuk membantu meningkatkan lagi prestasi agensi itu.
"Kajian ini penting bagi memastikan prestasi Felda dipertingkatkan lagi. Skop kajian ini melihat kepada bagaimana peneroka pelbagaikan pendapatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022
Mustapa berkata langkah tersebut selaras dengan hasrat kerajaan supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama-sama membantu menangani krisis makanan. - Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.