Fasa peralihan monsun yang membawa hujan lebat dan ribut petir dijangka tidak membawa banjir besar, sebaliknya berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata dalam tempoh itu, hujan lebat hanya berlaku pada waktu petang dalam masa yang singkat di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.
"Keadaan ini (fasa peralihan monsun) biasanya tidak membawa kepada banjir yang besar tetapi ada kemungkinan akan berlaku banjir kilat sekali sekala terutama di kawasan rendah dan kawasan bandar yang mengalami masalah longkang tersumbat serta saliran yang tidak baik," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Jailan berkata ketika fasa peralihan monsun ini, pembentukan awan yang menyebabkan ribut petir mudah berlaku berikutan tiupan angin yang lemah.
Justeru beliau menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan mengurangkan aktiviti luar ketika hujan lebat dan ribut petir bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Jailan berkata fasa peralihan monsun yang bermula 24 Sept lalu selepas berakhirnya monsun barat daya dijangka berterusan sehingga minggu kedua November, sebelum beralih kepada monsun timur laut.
"Apabila monsun timur laut bermula, biasanya negeri-negeri di pantai timur akan mengalami hujan lebat yang berterusan dan boleh membawa banjir.
"Banjir (besar) kita tak pasti (bila). Tetapi hujan dijangka bermula pertengahan November hingga awal Januari yang mana biasanya Kelantan dan Terengganu mengalami hujan lebat sekitar bulan November manakala selatan Pahang dari Disember hingga Januari.
Taburan hujan lebih kurang sama dengan tahun-tahun lalu, cuma banjir besar atau tidak, kita masih belum pasti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 03 2019
Ada kemungkinan akan berlaku banjir kilat sekali sekala terutama di kawasan rendah dan kawasan bandar yang mengalami masalah longkang tersumbat. - Gambar fail
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.