GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menasihatkan penduduk agar tidak terlalu ghairah dan bergerak bebas selepas negeri itu beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rakyat perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar tidak berlaku peningkatan jumlah kes jangkitan yang akan memungkinkan Pulau Pinang kembali ke kedudukan Fasa 1.
Beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia dalam menjalankan penugasan dan berharap masyarakat juga sentiasa mematuhi SOP.
"Kita juga berharap masyarakat tidak terlalu ghairah untuk ke Fasa 2 kerana bimbang sekiranya jumlah jangkitan naik, maka Pulau Pinang akan kembali jatuh ke Fasa 1.
"Pihak PDRM, agensi- agensi berkaitan dan kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan negeri ini mampu bersama negeri-negeri lain bergerak ke Fasa 3," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Berikutan itu, Shuhaily berkata pihaknya mengekalkan 46 sekatan jalan raya (SJR) di negeri itu bagi memantau pergerakan sepanjang Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Katanya, meskipun Pulau Pinang telah memasuki fasa kedua namun aktiviti rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.
Beliau berkata, kawalan di daerah dan sempadan negeri juga akan diperketatkan bagi memastikan tiada pihak yang melakukan aktiviti merentas negeri tanpa kebenaran.
Shuhaily berkata setakat ini SJR dibuat membabitkan sembilan lokasi di daerah Timur Laut dan empat di daerah Barat Daya di bahagian pulau.
Manakala 33 SJR lagi membabitkan kawasan di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Seramai 455 pegawai dan anggota polis dibantu agensi lain terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terlibat dalam penugasan SJR.
Shuhaily berkata, Op Patuh juga akan diteruskan dengan 122 pasukan pematuhan SOP akan terlibat sepanjang penugasan dalam tempoh peralihan Fasa 2 PPN ini.
Jelasnya, pasukan pematuhan ditubuhkan bagi menjalankan pemeriksaan di kilang, tapak pembinaan, asrama dan hostel pekerja serta premis perniagaan.
Pada Isnin, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa PPN bagi Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021.
BACA: Pulau Pinang beralih ke Fasa 2 PPN
Perubahan daripada Fasa 1 itu susulan kejayaan negeri tersebut mencapai nilai ambang tiga indikator utama.
Pulau Pinang menjadi negeri keenam diletakkan di bawah Fasa 2 PPN selepas lima negeri memulakan fasa itu semalam.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jul 06 2021

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia dalam menjalankan penugasan dan berharap masyarakat juga sentiasa mematuhi SOP. - Gambar fail/BERNAMA

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Pematuhan SOP kunci utama Sabah yakin mampu beralih ke Fasa 3 PPN - Masidi
Masidi berkata, peranan dan sikap rakyat amat penting dalam usaha memerangi wabak COVID-19.

PKP: Premis perniagaan, stesen minyak beroperasi 8 pagi-8 malam
Semua pasar raya,premis perniagaan yang menjual barangan keperluan dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam.