KUALA LUMPUR: Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), sebuah fakulti di bawah kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini dan institusi pendidikan berasaskan kejuruteraan Jepun yang pertama ditubuhkan di Malaysia, telah dinaik taraf sebagai hab pengurusan bencana di rantau ASEAN.
MJIIT ditubuhkan pada 2011 sebagai inisiatif pembangunan pendidikan dan sumber manusia di bawah Dasar Pandang Ke Timur dan disokong oleh satu konsortium yang terdiri daripada 29 universiti Jepun.
Menurut Penyelaras Pengurusan Bencana UTM dan MJIIT, Prof Dr Muhamad Ali Muhammad Yuzir, institut itu baru-baru ini menganjurkan Persidangan Serantau Bencana Alam (RCND) ke-9 di bawah Jaringan Universiti ASEAN/ Rangkaian Pembangunan Pendidikan Kejuruteraan Asia Tenggara (AUN/SEED).
AUN/SEED ialah projek di bawah Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) bertujuan membolehkan Asia Tenggara dan Jepun membangun secara mampan menerusi sumber manusia yang inovatif dan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan.
"Mempunyai rakan sejawat dari Jepun dalam pengurusan bencana akan membolehkan Malaysia berkembang maju dalam kesiapsiagaan dan ketahanan menghadapi bencana. Jepun, seperti yang anda tahu, mempunyai pengalaman yang luas dan teknologi terkini dalam meminimumkan terjadinya insiden bencana," katanya kepada Bernama.
"Peranan MJIT diperluas menerusi kerjasama rakan sejawat ini, bukan sahaja kami menganjurkan dan bertukar ilmu menerusi persidangan, kami juga mengalu-alukan pelajar lepasan ijazah Sarjana Muda dari rantau ASEAN untuk menjadi sebahagian daripada Program Pendidikan Kolaboratif (CEP) menerusi program cendekiawan muda Jaringan Kejuruteraan Lestari (SEEN), iaitu pelajar yang layak, menerima biasiswa daripada MJIIT menerusi JICA dan AUN/SEED- Net," katanya.
Muhammad Ali berkata program itu memberi peluang kepada cendekiawan muda untuk mengadakan latihan amali dan industri di Jepun dan Indonesia, sebagai sebahagian daripada keperluan projek penyelidikan mereka.
"Kita juga mempunyai program kerjasama ijazah Sarjana Sains Alam Sekitar dan Kelestarian, yang ditandatangani antara Universiti Tsukuba dan MJIIT. Kurikulum akademik program berkenaan mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang diiktiraf Kerajaan Malaysia. Pelajar akan mengikuti pengajian selama setahun di MJIIT dan kemudian setahun di Tsukuba. Pelajar terlibat akan menerima ijazah Sarjana yang diperakui oleh kedua-dua universiti," katanya.
Sebagai tambahan kepada program berasaskan kejuruteraan Jepun yang disedikan MJIIT, para pelajar turut didedahkan kepada budaya dan bahasa Jepun serta kemahiran bagi menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) selain memenuhi Dasar Pandang Ke Timur 2.0.
Dasar Pandang Ke Timur menyambut ulang tahun ke-40 tahun ini dan asas yang kuat dibina dalam pendidikan berasaskan kejuruteraan Jepun setakat ini telah membuka jalan kepada MJIIT untuk terus membangun ke arah menjadi hab pendidikan serantau.
Sementara itu, Fatin Syahirah Othman yang baru sahaja menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Kejuruteraan Alam Sekitar di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar MJIIT berkata, beliau memilih MJIIT kerana institut itu memberi peluang kepadanya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar antarabangsa dan membolehkannya membina jaringan profesional untuk kerjayanya pada masa akan datang.
"Selepas menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda, UTM telah menggalakkan saya untuk melanjutkan pengajian secara 'fast-track' program PhD, yang bermaksud saya akan melangkau ijazah Sarjana dan terus mengambil PhD.
"Kami mempunyai lebih 74 makmal penyelidikan dan pembelajaran, serta i-Kohza (kumpulan pendidikan dan penyelidikan Jepun) yang cukup berdedikasi, dan setiap i-Kohza sememangnya membantu pelajar antarabangsa dari pelbagai negara. Suasana penyelidikan itu sangat unik, memandangkan anda mempunyai persekitaran pengajian global sendiri, tanpa perlu ke luar negara," katanya.
Selain itu, pelajar tajaan MJIIT bagi ijazah Sarjana dan PhD di bawah CEP-SEEN, Laila Dina Amalia Putra dari Indonesia berkata pengajiannya memberi fokus pada kajian rawatan sisa kumbahan lanjutan.
"Semasa saya melakukan ijazah Sarjana, fokus kajian adalah pada kerja-kerja makmal berkaitan rawatan sisa kumbahan lanjutan dalam bidang sains alam sekitar. Topik ini, secara khusus boleh terus dibangunkan kerana terdapat banyak peluang untuk usaha sama antara universiti dengan industri," katanya yang teruja untuk menamatkan pengajian PhDnya tahun ini.
MJIIT telah melahirkan 935 pelajar Sarjana Muda dan 558 pelajar ijazah Sarjana sejak 2015, dan kebanyakan mereka telah mendapat pekerjaan di Jepun, Malaysia dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022
MJIIT ditubuhkan pada 2011 sebagai inisiatif pembangunan pendidikan dan sumber manusia di bawah Dasar Pandang Ke Timur dan disokong oleh satu konsortium yang terdiri daripada 29 universiti Jepun. - mjiit.utm.my
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Fakulti MJIIT di bawah UTM kini jadi hab pengurusan bencana ASEAN
MJIIT ditubuhkan pada 2011 sebagai inisiatif pembangunan pendidikan dan sumber manusia di bawah Dasar Pandang Ke Timur.